Pengikut

Khamis, 17 Disember 2015

TTC: Produk Kosmetik dan Penjagaan Kulit Penyebab Ketaksuburan

Salam semua, 

Kadang-kadang kita tak sedar produk kosmetik dan penjagaan kulit kita adalah penyebab kepada masalah kesuburun. Aku pasti, kita semua tahu, sesetengah bahan dalam produk kecantikan adalah bahaya untuk kesihatan kita. Tetapi kita tetap pakai produk tersebut.

Maka selepas ni, marilah kita pilih produk yang lebih organik untuk menjaga kesihatan sistem pembiakan kita. Cuba elakkan bahan-bahan dalam infografik di bawah ini.

{Via

Aku juga ada lihat satu video di youtube. Kebanyakan bahan-bahan dalam produk kecantikan, memberi kesan estrogenik pada badan kita. Which is tentulah tidak bagus. Aduh!!! Estrogen ni ada di mana-mana sahaja. Makanan kita, produk plastik dan produk penjagaan kulit. 

Jangan salah anggap estrogen yang dihasilkan dalam badan kita ye. Estrogen dari luaran ni dikenali sebaga xenoestrogen manakala estrogen dari tumbuhan dipanggil sebagai phytoestrogen. 

Xenoestrogen ni estrogen tak bagus. Susah juga nak explain sebenarnya. Pemprosesan estrogen dalam badan pun complicated. Depending on our lifestyle and our diet, the estrogen pathway/process in the body would be different. Whether the estrogen jadi estrogen baik atau jadi estrogen jahat (penyebab kanser)

Ok, tak paham. Huhuhu. Ku tahu ni pun dari satu lagi video youtube yang aku tengok. Mengantuk ok video tu, tapi banyak belajar. Later nanti aku upload video tu kat sini.

Berbalik kepada skin care, video tu cadangkan, hanya guna minyak kelapa atau minyak zaitun sebagai pelembab muka dan sunblock. Ya, memang berminyak, tapi sekejap je. Aku guna minyak kelapa dara yang dicampurkan dengan minyak aromaterapi (essential oil). Setakat ni, best sangat guna, muka pun jadi lebih berseri.

p/s: Banyak info yang aku dapat dari video tu. Cara penerangan pun ringkas. Nanti aku kongsi isi-isi dalam video tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...