Pengikut

Selasa, 22 Disember 2015

Cycle #10: Cycle natural selepas IUI

Salam semua,

Baru nak update cycle yang lepas. Cycle natural ni bermaksud aku tak ambil apa-apa ubatan untuk membantu ovulasi atau induce period. Berpuas hati sangat dengan cycle kali ni.

Meh nak recap cycle lepas. Sila rujuk gambar graf  ye.


Cycl lepas agak pelik sikit kerana CD14 & 15, nampak macam OPK dah positif. Tapi selepas OPK positif tu, suhu tak pula melonjak naik. Pada masa yang sama ada spotting pulak. Calit-calit macam tu jelah. Jadi aku teruskan ber OPK. Selalunya 2-3 hari lepas OPK positif aku dah berhenti celup OPK. Tapi sebab suhu tak naik-naik, maka aku teruskan ber OPK. Thanks to BBT graft that have convince me to continue OPK'ing. 

Nampak tak bertapa pentingnya BBT tu untuk kompemkan samada korang berovulasi ke tak. Sering kali aku terserempak soalan, kalau OPK positif, ada kemungkinan tak tak de ovulasi? Ermmm... kalau korang faham fungsi OPK, mesti korang akan paham fungsi hormon LH dan mesti korang faham naik turun hormon wanita (FSH, LH, estrogen, progesteron) dan mesti korang takkan tanya soalan itu. 

Nak tau jawapan, kena belek balik entri aku yang lepas-lepas ye.

Ok, sambung balik cerita. 

Pada CD28/29 macamtu, banyak pulak egg white yang keluar. Waktu tu aku jangka ovulasi akan berlaku dalam masa 4-5 hari lepas tu. Hari yang aku jangka ovulasi tu pula aku ada temujanji mengurut dan tangas. Jadi aku kontek tukang urut tu dan tanya boleh ke tidak mengurut dan tangas waktu ovulasi tu. Jawapannya, urut boleh. Tangas je yang tak boleh.

Tup tup memang betul pada CD35 OPK positif dan pada CD36 aku berovulasi. Jangan terpedaya dengan red cross line pada CD35 tu. Sepatutnya red cross line tu pada CD36. Tapi sebab aku tak ambil suhu pada CD36 tu, jadi fertility friend letak red cross line tu kat CD35.

Pasal egg white ni, pelik juga sebenarnya. Selalunya aku takde eggwhite. Kalau ada pun pada cycle yang lepas-lepas, sikit sangat eggwhitenya. Happy sangat ada eggwhite ni. Bila dah ada eggwhite ni, boleh dah start bd terus sampai lah 2 hari lepas ovulasi. Selang sehari ye. Supaya sperma yang keluar lebih berkualiti.

Fasa luteal kalini tepat-tepat pula 14 hari. Alhamdulillah fasa luteal kali ni takdelah banyak sangat sakit yang pelik-pelik kat perutni. Minima sangat sakit kali ni. 

Maka berakhirlah cycle untuk tahun 2015. Inyaallah , jika diberi keizinan masa, aku akan recap semua cycle untuk tahun 2015 ni. 

Selamat bercuti dan tahun baru!!!

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...