Pengikut

Isnin, 12 Oktober 2015

Perjalanan IUI #2: Cycle yang mencabar

Cycle kali ini agak mencabar bagi aku. Bukan mencabar dari segi perjalanan IUI itu sendiri tetapi mencabar dari segi kehidupan.

15 Sept (CD1)
AF datang. Aku pun telefon klinik Dr. Adilah untuk buat temujanji pada CD 9/10/11. Malangnya waktu itu Dr. Adilah sudah bercuti.

Sudah! Macamana ni? Dr. Adilah sudah bekalkan clomiphene citrate 100mg untuk di makan pada CD3-7. Temujanji pada CD9/10/11 itu adalah untuk tentukan dos ubat suntikan yang perlu diambil. Tanya nurse pula, dia tak berapa tahu macamana. Dia suruh postpone IUI pada cycle seterusnya.

Masalah juga tu, sebab mungkin kena tunggu 2 bulan lagi untuk cycle seterusnya. Aku jangkakan waktu itu Dr. Adilah sudah bercuti panjang.

Lama juga memikir, akhirnya aku whatsapp Dr. Adilah untuk minta pendapatnya. Dr. Adilah cadangkan supaya cycle ini ambil clomiphene citrate sahaja dan minta datang berjumpa dia pada CD12/13. Sekali lagi, CD12/13 itu jatuh pada hari minggu. Makanya, aku buat temujanji pada CD15 memandangkan sebelum ini bila aku ambil clomiphene citrate, aku akan berovulasi pada CD18 ke atas.

17 Sept (CD3)
Aku mula makan clomiphene citrate 100g selama 5 hari.

29 Sept (CD15)
Temujanji dengan Dr. Adilah untuk lihat perkembangan telur. Hari ini merupakan hari yang paling mencabar bagi aku. Banyak benda yang berlaku. Menguji kesabaran sangat harini.

 Temujanji aku pada sesi kedua. Iaitu dari pukul 11pg-1ptg. Jadi lama pula menunggu sebab pukul 12.30tgh hari, Dr, Adilah ada prosedur. Makanya nurse suruh kami pergi makan dulu dan datang kembali pada pukul 1.30 petang.

Alkisahnya, suami aku ada meeting pukul 3 tu. Terpaksalah dia balik dan tinggallah aku seorang untuk berjumpa Dr. Adilah.

Sebelum pukul 1.30 petang, nama aku sudah dipanggil. Hasil dari TVS (transvaginal ultrasound), terdapat 2 biji telur di ovari kiri yang sedang membesar saiz dalam 11mm. Hasil daripada analisis, aku perlu ambil suntikan Gonal F untuk besarkan lagi telur. Blurr sekejap aku masa tu sebabnya macam dah lewat untuk ambil ubat suntikan. Suami pula tiada masa tu. Aku pun ok je lah memandangkan Dr. Adilah tahu apa yang terbaik untuk aku.

Terus rasa bersinar-sinar senyum lebar. Ada harapan untuk aku buat IUI cycle ni!

Dr. Adilah prescribe satu pen suntikan yang mengandungi 300IU Gonal F. Suntik setiap hari bermula CD15 sebanyak 100IU setiap kali. Ubat ini perlu dipastikan sentiasa sejuk. Jadi kena simpan dalam peti ais.

Aku perlu berjumpa Dr. Adilah balik pada CD17 untuk lihat perkembangan telur.

1 Okt (CD17)
Seperti biasa untuk lihat perkembangan telur.

Hasil TVS, mendapati, telur yang membesar di ovari kiri sudah tiada. Sebaliknya, 2 telur di ovari kanan pula yang membesar. Saiz telur lebih kurang dalam 14-15mm. Dr. Adilah tambah lagi 1 pen Gonal F. Kali ni, dos berbeza sikit.

CD17 - 150IU
CD18 - 100IU
CD19 - Habiskan baki Gonal F yang aku dapat masa CD15 tu. (dapat dalam 96IU)

Eh, macamana boleh ada lebih pula? Selalunya pembuat ubat ni akan letak dos lebih sedikit daripada biasa. Kalau bernasib baik boleh dapat lebih sampai 150IU tau. Kali ni aku beli ubat Gonal F ni kat luar. Murah sikit.

Aku perlu berjumpa Dr. Adilah balik pada CD21 untuk lihat perkembangan telur. Pada waktu ini, perut sebelah kanan aku dah berdenyut-denyut sakit. Mungkin sebab telur-telur di ovari kanan sedang membesar.

5 Okt (CD21)
Perut sebelah kanan masih lagi berdenyut-denyut sakit. Egg white pun sudah ada.

Hasil dari TVS, terdapat 4 biji telur yang sedang membesar. Saiz lebih kurang 16-17mm. Dinding rahim pun sudah tebal cantik dalam 13mm. Sesuai sudah untuk penempelan.

Dr. Adilah berpuas hati. Masa perbincangan, Dr. Adilah berkira-kira untuk aku ambil sekali lagi suntikan Gonal F malam ni. Lama juga Dr. Adilah memikir, kalau beli lagi, rugi pulak bakinya.

Aku pun bagitahu lah ada baki lagi 50IU Gonal F. Makanya Dr. Adilah suruh habiskan dos Gonal F yang tinggal.

Dr. Adilah tetapkan IUI pada 8 Okt (CD24) pukul 11.30 pagi. Pada 6 Okt (CD22). Aku kena ambil suntikan Ovidrel untuk pecahkan telur. Ubat ini pun perlu simpan dalam peti ais.

8 Okt (CD24) - Hari IUI
Alhamdulillah IUI berjalan lancar. Cuma ada sedikit backflow sahaja.

Dr. Adilah bagi MC pada haritu dan MC pada 13-16 Okt (DPO 6-9) untuk bedrest.

Entri seterusnya, aku akan ceritakan prosedur pada hari IUI tu.

Sekarang aku dalam fasa 2WW. Doakan ye...


8 ulasan:

  1. I pun time suntik2 nk opu haritu byk jgk egg white, tkut dan ovulate je kan..tp tvs tgk sbb byk telur bsr kot tu yg byk ehh white..huhu..kite pcoser ni kdg2 lendir tu susah nk tafsir maknanya..

    Btw iui lg tinggi chances twins tau! Hehe..keep positive babe n good luck!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Asma'.
      Betulkan takleh nak predict egg white ni klu ada pcos. kadang2 suka suki je muncul egg white.

      Padam
  2. good luck orked....mudah2an. semuanya berjalan lancar...
    inshaAllah.... :)

    BalasPadam
  3. MO, have a good rest... smg Allah berikan hasil yg positive... amin...

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang sangat berguna..insyaAllah doakan yang terbaik.. (^^)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...