Pengikut

Sabtu, 24 Oktober 2015

PCOS #5: Risiko yang dihadapi oleh Wanita PCOS

PCOS boleh memberi kesan terhadap sistem pembiakan (reproductive) kita dan cara badan kita mengawal gula dalam darah.
Masalah pembiakan
PCOS meningkatkan risiko untuk mengalami perkara seperti di bawah:
  • Ketidaksuburan - berlaku apabila ovari tidak melepaskan telur setiap bulan
  • Keguguran yang berulang
  • Gestational diabetis semasa mengandung
  • Meningkatkan tekanan darah semasa mengandung atau proses kelahiran, dapat bayi yanf kecil atau besar daripada normal, atau bayi tidak matang
  • Keadaan pre-kanser pada lapisan rahim (endometrial hyperplasia). Ini boleh terjadi apabila anda tidak dapat kitaran haid yang normal. Makanya, lapisan rahim yang terbentuk tidak gugur sebagai darah haid.
  • Kanser rahim (endometrial). Risiko adalah 3 kali ganda pada wanita PCOS berbanding wanita yang berovulasi setiap bulan.
Masalah jantung dan strok
Paras insulin yang tinggi akan meningkatkan lagi risiko masalah jantng dan saluran darah. Ini termasuklah
  • Pengerasan arteri
  • Coronary artery disease dan serangan jantung
  • tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Strok.
bersambung

2 ulasan:

  1. Point no. 5 tu Yani sedang hadapi....sedih tapi apa nak buat? Kena kuatkan semangat dan cuba bangkit semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah Yani kuat. Yang penting terus berusaha ye..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...