Pengikut

Khamis, 22 Oktober 2015

PCOS #4: Cara Untuk Menurunkan Paras Hormon LH Secara Semulajadi

Salah satu hormon yang diperiksa oleh doktor untuk mendiagnosis PCOS adalah LH (Lutenizing Hormone). LH cenderung untuk lebih tinggi pada wanita PCOS sehingga 3-4 kali ganda dari FSH (follicle stimulating hormone).

Untuk keterangan lebih lanjut tentang LH dan FSH sila klik link di bawah:

Apa itu PCOS dan mengapa ia dikaitknan dengan ketidaksuburan?

APA ITU LH?
  1. LH merupakan hormon yang dilepaskan oleh kalenjar pituitari di dalam otak. 
  2. Semasa kitaran haid yang normal, paras LH secara relatifnya adalah rendah semasa fasa folikular (fasa sebelum ovulasi) dan melonjak naik sebaik sebelum ovulasi berlaku. Lonjakan LH inilah yang mencetuskan supaya ovulasi berlaku.
  3. Seperti yang dikatakan tadi, wanita PCOS cenderung mempunyai paras LH yang tinggi berbanding dengan FSH. Lonjakan LH tidak berlaku pada wanita PCOS. Inilah yang menyebabkan ovulasi tidak berlaku secara regular.
  4. LH juga menyebabkan ovari kita melepaskan hormon androgen (testosteron). Testosteron inilah punca wanita PCOS mendapat simptom seperti hirsutisma dan jerawat.
  5. Antara kesan sampingan yang lebih serius disebabkan LH yang tinggi ialah ketidaksuburan dan risiko tinggi keguguran.
  6. Jadi adalah penting mengawal paras LH supaya paras testosteron dapat diturunkan, memperbaiki kesuburan dan menghalang keguguran.

CARA MENURUNKAN PARAS LH

1. Mengawal paras insulin dan sensitiviti insulin
  • Kajian yang dilakukan kepada 10 orang wanita PCOS yang obesiti, menunjukkan apabila wanita tersebut kehilangan berat badan dan badan mereka menjadi lebih sensitif terhadap insulin, paras LH menjadi normal. Kajian ini mencadangkan rintangan insulin adalah berkait rapat dengan paras LH yang tinggi
  • Kesimpulannya, paras insulin yang tinggi akan menyebabkan paras LH juga tinggi. Jadi, kita perlulah memperbaiki paras insulin.
  • Antara cara untuk mengawal insulin adalah:
    • bersenam
    • makan makanan yang rendah indeks glisemik 
    • memperbaiki imflamasi
    • mengambil supplement.
2. Mengambil supplement myo- inositol
  • Satu kajian menunjukkan, mengambil myo-inositol dalam masa 3 bulan dapat merendahkan paras LH, testosteron dan insulin dengna ketara. Manakala tiada perubahan pada paras FSH dan androstenedione.

3. Mengambil supplement omega 3
  • Sila rujuk link INI untuk penerangan lebih lanjut tentang omega 3.
  • Lemak omega 3 merupakan elemen penting dalam diet wanita PCOS.
  • Ia membantu untuk mengawal imflamasi dan merendahkan paras testosteron dan LH.
4. Vitex
  • Keputusan kajian menunjukkan peningkatan yang ketara pada paras progesteron dan estrogen manakala hormon LH dan prolaktin menunjukkan pengurangan yang ketara.
5. Vitamin D
  • Kajian yang dilakukan terhadap tikus mendapati kekurangan vitamin D meningkatkan paras LH dan FSH.
6. Bersenam
  • Secara amnya, senaman dapat memperbaiki simptom PCOS secara keseluruhannya.
  • Ini adalah kerana, senaman membantu dalam:
    • sensitiviti insulin yang seterusnya dapat merendahkan paras LH.
    • kekerapan ovulasi.
    • Penurunan kolesterol.
    • komposisi badan.
  • Paras testosteron bebas menurun sebanyak 19-25% apabila latihan senaman dilakukan selama 6 minggu (6 hari seminggu). Perlepasan kortisol (hormon stres) juga menurun, Kapasiti pengeluaran FSH meningkat selepas latihan senaman manakala kapasiti pengeluaran LH menurun.
bersambung....
Rujukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...