Pengikut

Selasa, 13 Oktober 2015

Perjalanan IUI #2: Prosedur pada hari IUI

Sambungan dari entri sebelumnya.

Dr. Adilah tetapkan IUI aku pada 8 Okt (CD24) pada pukul 11.30 pagi.

Maksudnya, 2 jam sebelum prosedur. Suami perlu keluarkan air mani di unit IVF dan beri kepada embriologis. Jadi kene keluarkan pada pukul 9.30 pagi.

Elok je kami sampai hospital pukul 9.20 pagi. Terus kami bergegas ke unit IVF. Sebuah bilik yang selesa disediakan untuk proses ini.

Selepas menyerahkan sampel kepada embriologis, kami pun pergi bersarapan dulu di cafe hospital. Lama lagi prosedur. Tapi pukul 10.30, aku kena kosongkan pundi kencing dan minum air sebanyak 500ml.

Apa tujuan minum air ni? Tujuannya untuk bagi pundi kencing penuh supaya waktu doktor scan perut semasa prosedur IUI tu, rahim boleh nampak dengan jelas.

Maka, bermula pukul 10.35, aku mula minum air sikit-sikit. Sampai pukul 11.15, aku tak rasa nak terkencing lagi. Aku dah panik, mulalah aku minum lagi air. Aku rasa jumlah air yang aku minum adalah dalam 1500ml. Dalam pukul 11.30, mulalah terasa nak kencing.

Sebelum tu, 30 minit sebelum prosedur, kami perlu daftakan diri di kaunter pendaftaran. Sampel sampai lambat sikit. Pukul 11,45 baru sample sampai. Waktu ni, dah terasa nak terkencing sangat.

Masuk je bilik doktor, doktor terus suruh baring. Doktor tengok keputusan analisa sperma dulu. Alhamdulillah semuanya normal. Cuma 50% daripada sperma dah mati. Macamana boleh banyak dah mati? Sebabnya air mani sudah 7 hari tidak dikeluarkan. Bila lama sangat, akan banyak sperma yang mati. Sperma yang ideal adalah sperma yang tidak dikeluarkan selama 3-4 hari.

Waktu ni, perut sebelah kanan dah bertambah sakit denyutnya, mungkin ovulasi sedang berlaku.

Kembali kepada pembaringan di katil, doktor masukkan dan besarkan mulut itik sehingga doktor nampak pintu rahim. Doktor scan perut dan mendapati rahim dalam keadaan baik sekali. Doktor cakap kalau tak ambil ubat support rahim pun takpe. Doktor nampak juga ada sekelompok cecair. Doktor cakap maksudnya ovulasi baru je berlaku. Aku berdoa sangat agar keempat-empat telur tu pecah.

Doktor sedut masuk sperma dari dalam bekas ke dalam picagari. Picagari itu kemudiannya di attach pada tiub halus yang panjang. Tiub halus tu dimasukkan kedalam rahim berpandukan scan di perut. Nampak jelas tiub halus tu di monitor scan. Sebelum masukkan, doktor baca sedikit doa.

Alhamdulillah selesai. Semasa keluarkan balik tiub halus tu dan mulut itik. Terdapat sedikit backflow.

Doktor klasifikasikan prosedur IUI aku adalah mudah, tiada blood stain dan ada sedikit backflow.


Ubat duphaston dan utrogestan dibekalkan pada aku untuk suppor rahim aku. Mula ambil ubat itu pada 13 Okt (DPO5). Doktor juga berpesan bermula DPO5 itu, aku dah tak boleh bersama.

Sehari selepas prosedur IUI, perut belah kanan aku dah tak sakit dah. Jadi kompemlah ovulasi berlaku pada hari IUI tu.

Selesai. Doakan ye..


4 ulasan:

  1. Lagi byk u minum air dari i hehe..mesti rase kembung ke nk terkencing kan hehee..inshaAllah moga berhasil usaha kali ini..amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh.. memang pun kembung giler perut and rasa nak terkencing sangat.

      insyaAllah. Amin

      Padam
  2. masa i punya ivf dulu, doc siap kluarkan sikit my urine sbb banyak sgt i minum. huhuhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh ye ke? Ivf dia masukkan urine tube kan?
      Iui takde kene tahan..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...