Pengikut

Ahad, 11 Oktober 2015

Endometriosis #3: Rawatan untuk Endometriosis

Endometriosis tidak boleh disembuhkan sepenuhnya. Maka rawatan yang ada sekarang hanyalah untuk membuang endometriosis atau menghalang endometriosis daripada terus tumbuh.

Ini dilakukan dengan cara menghentikan/membantutkan paras hormon estrogen dan progesterone yang menyebabkan pembentukana dan peleraian (haid) tisu endometrial.

Pilihan rawatan bergantung kepada keseriusan penyakit endometriosis itu. Secara amnya, pesakit ada dua pilihan samada untuk menjalani pembedahan atau mengambil terapi dadah. Sesetengah wanita, kombinasi kedua-dua rawatan itu mungkin diperlukan.

Objektif rawatan ini adalah:
  • mengurangkan kesakitan dan simptom yang lain,
  • membantutkan perlekatan,
  • memulihkan kesuburan kepada pesakit yang sukar mengandung, dan
  • mengekalkan fungsi pembiakan yang sihat.
Rawatan pembedahan konservatif

Pembedahan konservatif adalah direka untuk mengekalkan kemampuan seseorang wanita untuk hamil dan mengekalkan tempoh kehamilan.

Rawatan ini fokus terhadap membuang endometriosis. Pertumbuhan endometriosis boleh dipotong keluar atau dimusnahkan dengan menggunakan arus elektrik atau laser.

Rawatan pembedahan tidak konservatif

Pembedahan tidak konservatif  adalah untuk mendapatkan "relief"yang berpanjangan. Walaubagaimanapun, cara ini adalah cara terakhir sekali yang akan dipilih jika semua cara lain telah gagal untuk mengurangkan kesakitan yang melampau.

Kaedah tidak konservatif ini termasuklah  "total histerectomy" (rahim, pangkal rahim dan ovari dibuang). Kaedah ini mungkin dapat menghalang kehadiran semula endometriosis tetapi kaedah ini menyebabkan pesakit tidak lagi dapat mengandung dan menjadi menopaus.

Terapi ubat-ubatan
  • oral contraceptives (ubat makan)
  • progestins
  • male hormon derivative
Oral contraceptives (ubat makan)
Ubat makan digunakan untuk menghentikan sementara ovulasi dan kitaran haid seseorang wanita. Kaedah ini adalah paling efektif untuk merawat kes sederhana. Kegunaan ubat makan ini dapat menolong membantutkan penyebaran dan kesakitan akibat endometriosis ini tetapi tidak efektif untul menyingkirkan kehadiran sel endometriosis.

Kesan sampingan dari ubat makan ini termasuklah, pening, retensi air dan pendarahan yang tidak teratur. Komplikasi serius yang jarang berlaku termasuklan strok, masalah saluran darah dan penyakit jantung.

Progestins
Progestin merupakan sejenis ubat yang bertindak sama seperi hormon progesteron. Pengambilan ubat progestin berdos tinggi  akan menganggu haid dan pertumbuhan endometriosis. Progestin boleh diambil secara oral atau suntikan.

Pengambilan progestin adalah efektif untuk yang mempunyai endometriosis paras sederhana. Selepas suntikan progenstins dihentikan, masalah kesuburan untuk sesuatu tempoh akan dialami oleh pesakit.

Kesan sampingan yang dikaitkan oleh progestin termasuklah "spotting"antara kitaran haid, retensi air, kesakitan payudara dan kemurungan.

Male hormone derivative
Ubat yang menganadungi derivatif hormon testosteron adalah digunakan untuk menghentikan (suppress) keupayan badan untuk menghasilkan estrogen. Dengan cara ini, kitaran haid dihentikan dan seterunya menghentikan pertumbuhan tissu endometriosis.

Kaedah ini adalah berguna untuk  mengurangkan simptom endometriosis seperti senggugut, kesakitan pelvis dan kesakitan semasa hubungan seks.

Terdapat beberapa kesan sampingan:
  • pertambahan berat badan
  • saiz payudara mengecil
  • hot flush/berpeluh
  • kekeringan vagina
  • jerawat/ kulit berminyak
  • pertambahan bulu di muka dan badan
  • suara menjadi kasar
  • libido berkurangan
GnRH Analog (i.e Lucrin)
Bila diambil untuk tempoh 6 bulan, GnRH analog mengganggu penghasilan estrogen dan menghasilakn keadaan bebas haid untuk satu jangka masa yang pendek.

Hasilnya, tisu endometriosis akan mengecut dan memberi kesan signifikan terhadap kesakitan yang disebabkan oleh endometriosis.

Kesan sampingan daripada rawatan ini termasuklah:
  • hot flushes
  • libido berkurangan
  • kekeringan vagina

Bersambung...

Rujukan:
Leaflet endometriosis dari Abbott Laboratories Sdn Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...