Pengikut

Sabtu, 10 Oktober 2015

Endometriosis #2: Bagaimana diagnosis dilakukan?

Semasa kedatangan haid, sel endometriosis juga akan berdarah. Tidak seperti lapisan rahim, hasil (darah) sel endometriosis tiada cara untuk meninggalkan badan kita.

Ini boleh menyebabkan keradangan terhadap tisu-tisu disekelilingnya. Hasil tindak balas keradangan ini, kawasan itu akan diselaputi oleh lekatan (adhesion) atau parut tisu yang boleh menyebabkan wanita mengalami kesakitan yang teruk.

Endometriosis

  
Lekatan disebabkan oleh endo

Dalam erti kata lain,selagi haid datang setiap bulan, selagi itulah sel endometriosis dirangsang. Ini seterusnya menyebabkan wanita mengalami senggugut yang teruk, sakit atau tekanan yang kronik di kawasan pelvis, sakit semasa hubungan seks dan /atau masalah pembuangan air kecil dan besar.

Jika seseorang wanita mengandung atau memasuki menopaus, endometriosis akan mengecut dan hampir semua kesakitan akan hilang. Walaubagaimanapun, tisu parut yang sudah terbentuk semasa mengalami penyakit itu akan kekal. Tisu parut yang tertinggal ini mungkin akan terus memberi kesakitan walaupun kedatangan haid sudah tiada.

Bagaimana diagnosis dilakukan?

Endometriosis hanya boleh disahkan melalui laparoskopi. Laparoskopi merupakan sejenis pembedahan dimana kamera (laparoscope) ditebuk masuk ke dalam raung pelvis. Kamera itu digunakan untuk melihat keadaan oragn di dalam pelvis dan menlihat sebarang tanda endometriosis. Sel endometriosis yang dijumpai akan dibuang.



Tetapi tidak semestinya pembedahan perlu dilakukan kerana endometriosis tidak semestinya memberi masalah kepada pesakit. Ada pesakit endometriosis yang mudah mengandung, ada yang takda rasa sakit pun, ect ect.

Scan, ujian darah dan pemeriksaan dalaman bukanlah cara yang konklusif untuk mendiagnos endometriosis. Scan, ujian darah dan pemeriksaan yang normal juga tidak bermaksud seseorang wanita itu tidak mempunyai endometriosis. Disebabkan endometriosis berkongsi simptom yang sama dengan penyakit lain, diagnosis boleh jadi sukar.

Doktor selalunya akan beri "provisional" diagnosis dulu sebelum pembedahan dilakukan. "provisional"diagnosis ini tidak semestinya betul seseorang itu mempunyai endometriosis selagi pembedahan tidak dilakukan.

Doktor akan mengesyaki anda mempunyai endometriosis jika ada mempunyai satu atau lebih tanda-tanda ini:
  • senggugut (dysmenorrhoea)
  • sakit ketika hubungan seks (dyspareunia)
  • sakit ari-ari (pelvic pain)
  • kesukaran hamil
  • ketulan di bahagian bawah perut (pelvic fullness/sswelling)
  • ada fibroid (endometriosis dan fibroid mendapatkan "makanan"nya dari unsur yang sama iaitu hormon estrogen.
bersambung...

Rujukan:
- https://www.endometriosis-uk.org/
- Blog Dr. Adilah
- Leaflet Endometriosis dari Abbot Laboratories Sdn Bhd

p/s: Klik gambar untuk pergi ke sumbernya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...