Pengikut

Jumaat, 9 Oktober 2015

Endometriosis #1: Punca dan Simptom Endometriosis

PEnyakit endometriosis merupakan salah satu sebab kepada ketidaksuburan

Apakah Endometriosis?
Endometriosis adalah suatu penyakit dimana tisu yang pada kebiasaannya membentuk lapisan terdalam dinding rahim (endometrium) tumbuh luar daripada uterus.

Tempat yang kerap endometriosis tumbuh ialah ovari, tiub fallopio dan ligamen yang memegang uterus. Endometriosis juga tumbuh  di saluran bladder, bowel dan vagina walaupun jarang berlaku. Ini boleh menyebabkan kesakitan terutamanya sewaktu haid datang.

Nama lain bagi endometriosis:
  • Adenomyosis - apabila endometriosis membentuk ketulan di dalam dinding otot rahim
  •  Endometrioma/Chocolate cyst/Endometriotic cyst - apabila endometriosis membentuk cysty di dalam ovari (kandungan cyst itu adalah darah)
  • Dilokasi-lokasi lain, tiada nama khusus digunakan. Makan nama endometriosis digunapakai.
Apakah punca endometriosis?
Pakar perubatan masih tertanya-tanya dari manakah punca sebenar penyakit ini. Teori yang paling diterima ramai adalah "retrograde menstruation". Berdasarkan teori ini, sebahagian daripada darah haid yang sepatutnya keluar melalui vagina mengalir ke arah tiub fallopion dan tumpah ke dalam ruang pelvis. Sel endometrial yang terkandung dalam darah haid itu kemudiannya melekat di pelbagai lokasi dalam ruang pelvis.

Siapakah yang lebih cenderung untuk menghidap endometriosis?

Dijangkakan 15% daripada semua wanita di dunia akan menghasilkan endometriosis sebelum mencapai menopaus. Endometriosis lebih cenderung terjadi kepada wanita berumur 25-40 tahun yang belum mempunyai anak.Walaubagaimanapun, wanita yang sudah mempunyai anak masih berisiko terkena penyakit.

Apakah simptom endometriosis?
Simptom yang kerap:
  • sakit sebelum dan semasa kedatangan haid (senggugut)
  • sakit semasa melakukan hubunganseks
  • pendarahan yang banyak atau tidak tetap.
Lain-lain simptom :
  • penat dan tiada tenaga
  • masalah kesuburan - laluan tiub fallopio boleh tersumbat atau merosakkan ovari (chocolate cyst)
  • "spotting" sebelum kedatangan haid
  • Kesakitan membuang air besar semasa kedatangan haid.
  • bengkak abdomen seperti ada ketulan. 
Tahap senggugut yang dialami tidak menggambarkan tahap endometriosis. Ada yang mengalami senggugut yang sedikit tetapi tahap endometriosisnya teruk. Begitu juga sebaliknya, ada yang mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap endometriosisnya sedikit sahaja

Bersambung
Rujukan:
  1. Leaflet Endometriosis daripada ABBOT Laboratories Sdn Bhd
  2.  blog Dr Adilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...