Pengikut

Khamis, 10 September 2015

8th Natural Cycle: Pengalaman CT Scan

Entri sebelum ni aku ada cerita yang aku selalu sakit on and off kat upper right abdomen. Mula-mula aku ingat aku ada penyakit berkaitan dengan hati (i.e hepatitis, cirrhosis) tetapi bila aku google simptom-simptom penyakit tu, takdelah pulak dekat aku melainkan simptom sakit tu sahaja. Kadang-kadang sakit tu membawa ke kaki dan tangan. Jadi lenguh.

Jadi aku buat keputusan untuk jumpa doktor aku. Doktor aku pun tak pasti sebab apa. Yang pasti tidak berkaitan dengan bidang dia (gynaecologist). Jadi untuk rule out sebab apa, doktor suruh aku buat CT scan. Alang-alang dah buat CT scan untuk abdomen, buat sekalilah untuk kawasan pelvis.

Sebelum CT scan, aku kena puasa 3 jam dan buang air kecil. Lepas buang air kecil tu, nurse bagi 2 cawan cecair kontras untuk aku minum. Nasib baik rasanya macam oren yang pahit-pahit. Waktuni aku tak tahu kenapa kena minum kontras tu. Lepas minum tu, tunggulah aku disitu lagi sejam.

Sampai giliran aku untuk CT scan.

Semua barang kemas dan pakaian kena buka. Semua ye. Dan pakai baju yang disediakan disitu.

Masuk dalam bilik CT scan tu, macam wow tengok alat CT scan tu. Baring kat tempat disediakan. Nurse masukkan pula contrast kat lubang dubur. Tak sakit, tapi rasa sejuk je perut.

Cengginilah CT Scan tu. Tempat yang baring tu akan gerak keluar masuk ke bulatan iteww.


Waktu CT Scan ni ada pulak cara pernafasannya. kena tahan nafas segala. Bila dah scan kali pertama, contrast dimasukkan pula dalam salur darah. Masa kontrast ni masuk, badan rasa panas je. Siap berasap-asap lagi. Ok aku tak tau sebenarnya asap2 tu dari mana. Tapi waktu masuk kontras tu je tetiba ada asap yang berbau ubat. Dah masuk contrast, scan lagi sekali.

Kemudian selesai. Sekejap je sebenarnya CT Scan ni.

Selesai je CT Scan, pakai baju semua, terus aku meluru ke toilet membuatng contrast-contrast dari qubul dan dubur.

Lepas tu baru lah tau, contrast tu semua dimasukkan sebab nak bagi nampak jelas usus kecil, usus besar dan salur darah.

Alhamdulillah result CT Scan adalah normal. Jadi doktor hanya pesan untuk tingkatkan imuniti badan. Makan multi, vit c dan prebiotik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...