Pengikut

Jumaat, 28 Ogos 2015

8th Natural Cycle: Natural cycle pun pegi jumpa doktor

Salam sejahtera semua,

Banyak nak cerita sebenarnya. Tapi mood malas tengah on. Jadi aku tulis cincai-cincaije lah.

Aku mengalami sakit berdenyut-denyut on off di upper right abdomen iaitu betul2 di bawah tulang rangka. Kadang-kadang sakit berdenyut tu sampai sakit ke tangan  dan kaki belah kanan. Makanya, pada 19 Ogos (CD21), aku jumpa dengan Doc Adilah.

Doc jelaskan, dia pun tak sure sebab apa aku sakit kat situ. Maka, doc suruh aku buat CT Scan kawasan pelvis dan abdomen (later aku cerita pengalamn CT scan).

Hasil dari TVS, seperti sebelum-sebelum ni, lekatan masih ada di belakang rahim. Kawasan lain pun ada lekatan-lekatan. Kiranya banyak sangatlah lekatan kat dalam tu. Doc macam courious kenapalah banyak sangat lekatan. Takkan sebab sexual transmited decease (STD) lak. Makanya, doc suruh buat ujian darah untuk cek full blood count (FBC) dan Clamydia. Doc juga ukur saiz ovari aku. Alhamdulillah saiz kedua-dua ovari adalah normal dalam 3cm++.

25 Ogos (CD27) jumpa balik doc.
Alhamdulillah turn out ujian darah normal dan CT scan pun normal. Doctor berharap lekatan2 tu disebabkan oleh pembedahan sahaja. Doc pun pesan, elakkan pembedahan selepas ni. Kalau bedah lagi, lagi bertambah banyak lekatan-lekatan itu.

Untuk masalah sakit kat abdomen tu, doc pesan untuk tambah imunmiti badan je dengan mengambil multivitamin, vitamin c dan probiotik.

Hasil TVS CD27, saiz telur dah dalam 17cm. Sikit je lagi nak sampai saiz untuk telur ovulate. Makanya, doc suruh buat OPK hari-hari untuk detect ovulation sampai akhir minggu ni. If tak ovulate juga, doc suruh makan duphaston untuk induce period. Masa doc belek-belek gambar scan telur tu, doc ingat dah ovulate. Tapi sebenarnya belum sebab telur tu ada line putih di tengah-tengah nya. Kalau dah ovulate, line putih tu dah takde..

Oklah  setakatnije, sebenarnya banyak lagi ilmu baru yang dapat masa appointment kali ni. Tapi lain kalilah ye aku cerita.

Selamat bercuti...

Selamat hari merdeka...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...