Pengikut

Isnin, 10 Ogos 2015

8th Natural Cycle: Berurut dan Berbekam Dengan Kak E

Ingatkan cycleni nak start balik treatment dengan dr. Adilah. Tapi malangnya, cycle ni, kami suami isteri sibuk dengan kerja. Jadi, terpaksalah tunda ke cycle seterusnya.

Jadi untuk cycle kalini, aku mulakan ikhtiar dengan mengurut dan bekam. Asalnya nak mengurut je. Rupa-rupanya tukang urut tu pun ada servis bekam. Jadi sekali harung je lah.

Sejak Kak Z yang urut aku dulu ikut husband dia g Dubai, langsung aku tak mengurut dah. Susah nak cari tukang urut yg betul-betul aku puas hati sebab aku dah jadi kan Kak Z ni sebagai penentu ukur.

Oklah..

Sesi dimulakan dengan mengurut. Kak E mula mengurut belakang badan. Mula je mengurut, dia terus sendawa keluar angin. Proses mengurut mengambil masa dalam sejam. Kak E cakap, aku takda masalah sangat. Jadi sekejap jelah.

Ringkasan dari mengurut, 
- perut aku ada rasa denyutan nadi. Tapi denyutan tu lemah. Tak kuat macam orang lain. InsyaAllah dia cakap aku boleh pregnant.
- jantung dan hati takda masalah. 
- takde migrain. Kanser pun takde 
- kaki ada masalah sebab pakai kasut tinggi. Aku selalu cramp malam-malam. 

Semua dia tahu berdasarkan point point urat yang dia urut. Dari mengurut tu, dia tahu point mana yang patut di bekam.

Selesai mengurut, Kak E suruh aku mandi kejap bagi hilang kesan minyak tuk buat bekam.

Bekam ni lebih sakit dari akupuntur sebenarnya. Tapi tahan je lah, huhuhu. Aku request untuk bekam overhaul. Bekam satu badan. 47 cup aku guna untuk bekam satu badan.

Point bekam dari belakang leher, belakang badan, belakang pinggang, sisi peha dan kaki. Kepala tak buat sebab aku takde masalah migrain.

Kak E bagi tips. Kalau nak cari tukang bekam, tanya berapa kali dia buat bekam untuk satu point tu. Kak E cakap, at least 3 kali. Ada point yang 2 kali pun dah cukup.  Kak E cakap, bekam sampai keluar air bisa, baru stop bekam point tu. Bila dah kluar air bisa tu, maksudnya semua darah kotor dah keluar.

Hasil dari bekam....

Buih banyak keluar kat leher dan kaki. Manakala darah kotor banyak keluar kat leher, belakang pinggang, point peranakan di sisi peha belah kanan dan kaki belah kanan.   

Hampir 3 roll tisu Kak E guna untuk lap darah-darah tu.

Alhamdulillah berpuas hati dengan servis bekam Kak E. Untuk mengurut, tak sampai standard seperti yang aku nak. Urutannya lembut dan kena pada urat-urat yang sepatunya.  Tapi aku masih berpuas hati dengan urutan Kak E. InsyaAllah aku akan ambil servis Kak E lagi pada masa akan datang jika aku tak jumpa tukang urut yang dekat dengan aku.

Kak E tinggal jauh kat Banting. Kos pengangkutan pun RM100. Dekat 2 jam jugaklah nak ke rumah aku. Sian kat dia nak datang jauh-jauh. Cas mengurut RM60 je. Manakala untuk bekam, satu cup RM5.

Sekian....

2 ulasan:

  1. Wahh puas hati wat sekaligus urut n bekam ek..kite pun plan nk mengurut lps ni..sakit badan duduk rumah lame2..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.

    Puan, boleh mel no kak e nh? terima kasih.. hajarhairi@gmail.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...