Pengikut

Rabu, 5 Ogos 2015

7th Natural Cycle: Analisa Cycle Ini

Lama sungguh tak menulis. Kekok rasanya.

Cycle ke-7, cycle selepas cycle IUI. Cycle kali ini amat mengujakan kerana OPK positif pada CD20 dan CD22, aku ovulate. Yeay!!! Dah nak semakin normal cycle aku.

Cycle natural aku sebelum ni, aku ovulate pada CD49 (Rujuk post 5th Cycle). Nampak tak jauh sangat bezanya.

OPK pada cycle ni pun sangat cantik positifnya. Cycle sebelum-sebelumni, tak sempat sampai positif dah giveup.

Gambar OPK tanpa flash. OPK positif CD20 (CD19 tu sebenarnya CD20, terenjak pula. Malas nak betulkan)

Gambar OPK dengan flash.

Tengok pula BBT ni. Agak rocky suhu cycle ni. Sebabnya tak ambil pada waktu yang sama. Maklumlah bulan puasa + bulan raya. Memang tonggang langgang corak tidur aku. Plus ada hari tidur dalam aircond ada hari tak. Walaupun suhu agak rocky, masih nampak trend yang jelas pada BBT chart ni. Yang penting line merah tu bukan dotted line.


Luteal phase, iaitu fasa selepas ovulation, suhunya tinggi berbanding follicular phase (fasa sebelum ovulation). Hari ovulation (CD22), cantik je suhu jatuh dan keesokan harinya mencanak naik suhu dan terus maintain tinggi.

Luteal phase kali ni agak berbeza dengan cycle sebelumni. simptom-simptom yang ada yang disertakan dengan suhu yang tinggi, menandakan paras progesteron aku normal. Yeay, sukanya. Mestilah suka sebab sebelumni paras progesteron aku sangat rendah. Aku cam yakin je aku mengandung cycle ni. Hihihihi

Macamana aku macam yakin mengandung je? hihihih
Sebab luteal phase aku 18 hari. Panjang daripada biasa.
Masa 5th cycle, luteal phase aku 13 hari
Masa 6th cycle (IUI cycle), luteal phase aku 14 harije walaupun waktu tu makan ubat support rahim (Utrogestan dan Duphaston).

info ni korang semua kene tahu.. selalunya luteal phase seseorang adalah tetap. Klu 14hari luteal phasenya, 14 harilah. Klu 16 hari luteal phasenya, 16 harilah. Yang membuatkan cycle kita jadi panjang sebenarnya adalah bila kita ovulate. Ovulation leh jadi awal atau lambat. Dengan kata lain, folicular phase kita boleh varies.

Simptom-simptom cycle ni pun berbeza dengan cycle sebelumni.

Tetapi itulah, aku berlasak dan tak jaga makan.Siap makan durian lagi.

Ingat pada hari ke 18 tu nak test lah UPT, tapi bila nampak suhu dah drop, tak jadi test. Pastu bila dah period, macam ada tanda-tanda aku gugur.

Erm, itu je kot nak kongsi.

Analisa cycle ni, membuat kan aku bertambah yakin yang masa cycle IUI tu, aku tak ovulate. Makan ubat support rahim pun suhu boleh jatuh. Cycle ni tak makan apa-apa ubat pun, cantikje luteal phase.

Jomlah ramai-ramai buat BBT. Serius, banyak yang aku belajar tentang badan sendiri. Suhu je pun, tapi infomasi yang BBT chart ni boleh bagi, amat banyak.

Anyway dari segi pengamalan, selain amalan-amalan yang selalu aku buat, cycle ni aku konsisten sapu minyak aromaterapi kak siti dan konsisten makan hari-hari fish oil. Mungkin dua-dua ni membantu untuk aku ovulate awal dan memberi luteal phase yang cantik.

Untuk cycle yang baruni, tak tahulah macamana. Sebabnya, masa raya haritu sampailah sekarang, aku tak kawal pemakanan aku. Diet entah ke mana. Risau gak disebabkan diet aku ni, cycle jadi panjang balik. We will wait and see.

5 ulasan:

  1. i kalo x jaga makan, berat naik - cycle jadik panjang... huhuhu...

    BalasPadam
  2. Hye kak!! Lame xjengah blog die. Perghh nekad sungguh die ber bbt, tahniah!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai asma'... ha ah memang nekad.. because thats the only way reachable for people like us to know when we are ovulating..

      Padam
  3. Gigihnye buat opk.. sy buat opk pun start cd13 baru mula. Sebab nak tunggu betul2 double line opk tu, agak jenuh.. Bila buat opk, cycle cantik je. bila tinggal opk, cycle mcm main2. huhu.. mungkin kebetulan je kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. uit kebetulan kot tu, buat opk cycle cantik.. Ke sebab ada law of attraction disitu. sebab tu cycle jadi cantik,

      OPK ni rumit bagi saya. tak suka. Tapi kenelah buat juga apa2 pun. ada satu cylce tu sampai berpuluh2 opk guna sbb cycle panjang. huhuhu

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...