Pengikut

Rabu, 24 Jun 2015

Cycle 6: Post Mortem Iui, Result BBT dan OPK



Dalam nak buat post mortem ni. BBT dan body simptom memainkan peranan penting untuk menganalisa cycle ni. Sebab dari dua ini lah aku dapat tahu apa yang terjadi terhadap badan aku.


Tetapi analisa ini tidak boleh dikompemkan lagi selagi tak jumpa doktor. Ini hanyalah sekadar analisa aku. Sebelum baca seterusnya, sila baca entry sebelumni di SINI, supaya anda lebih paham apa yang aku cerita kat sini.

Oklah. Jawapan utama kenapa IUI ni gagal adalah sebenarnya aku tak ovulate pun.

Kenapa aku cakap macamtu? Sebabnya suhu aku rendah je sehingga aku start ambil utrogestan dan duphaston. Jadi suhu tu naik disebabkan aku ambil dua ubat ini bukan sebab aku dah ovulate. Ubat ini adalah progesteron sintetik. Jadi fungsinya sudah tentulah meningkatkan paras progesteron dalam badan dan seterusnya support rahim kita supaya kuat. Jadi bila progesteron tinggi dalam badan, secara automatiknya suhu kita pun tinggi. Bila aku berhenti je makan ubatni, suhu terus jatuh. Kalau betullah aku ovulate, suhu akan terus tinggi dimana corpus liteum akan terus supply progesteron.

Sepatutnya, selepas ovulation berlaku, suhu akan naik mencanak terus. (Ok, ini juga bergantung kepada individu, aku boleh cakap macam ni berdasarkan, graf-graf bbt aku sebelum ni, semua graf menunjukkan suhu meningkat sehari selepas ovulation). Tapi pada cycle ni, suhu tak naik, sepatutnya cycle ini aku dijangka ovulate pada CD 20/21/22.

Dari OPK pula, aku tak boleh percaya 100% result OPK disebabkan pada CD19, aku ambil injection ovidrel untuk matangkan telur. Jadi injection tu mempengaruhi result OPK. Sebaik sahaja ambil ovidrel. OPK aku terang gila double linenya. Terang selama 3 hari. Aku tak pernah dapat result OPK seterang itu.




Dari segi simptom pada badan, tiada langsung simptom luteal phase yang aku rasa pada cycles sebelum ni. Ovulation pain pun tiada. Nothing. Tak rasa apa-apa.

Aku terfikir juga, adakah sebab ubat-ubatan yang aku ambil ini mempengaruhi suhu badan aku? Yang ni aku tak dapat jawab.

Berkenaan ovidrel pula. Sepatutnya telur akan ovulate 24-36 jam selepas ambil injection ovidrel. Jarang sangat takkan ovulate. 97% yang ambil ovidrel akan ovulate. Malangnya aku dalam 3% yang tidak ovulate.

Ok itu sahaja. Insyaallah akan berjumpa dengan doktor untuk post mortem. Lepas tu barulah boleh kompem betul ke tak aku tak ovulate. Semoga info-info dari cycle ini dapat membantu doktor untuk rancang lebih baik rawatan aku selepas ini.

Yang penting, teruskan istikamah berusaha. Jangan putus asa ye kawan-kawan semua.

4 ulasan:

  1. nice sharing.. boleh tahu serba sedikit kenapa IUI gagal

    BalasPadam
  2. Oh..baru tahu not 100% yang ambil ovidrel akan ovulate. Untuk faham what had happened kena la buat both BBT dan OPK ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi satu mungkin sebab dos ovidrel tak cukup, jadi tak ovulate..

      Yup.. bagi saya BBT paling banyak membantu untuk tahu kondisi badan kita.

      Padam
  3. Dalam post sebelumni pada cd19, tinggal 2 biji telur, yg lg 6 dah x de. Could it be that 6 tu dah ovulated?

    ermmm, i don't think so.

    Firstly, doc cakap mungkin telur tu dah mengecut. Kalau dah ovulate, akan nampak folikel telur bentuknye mengerekot.

    Secondly, saya tak rasa any ovulation pain what so ever. Kalau 6 tu dah ovulate, mesti rasa sakit kat bahagian ari-ari. sebab cycle2 sebelum ni pun, 1 telur ovulate pun dah rasa sakit gila. apatah lebih dari satu telur.

    Thirdly, suhu tak naik pun after CD19 tu.

    Doc juga cakap, kalau dah ovulate sekali cycle tu, kita takkan ovulate lagi lepas tu. Jadi telur2 besar yang tak ovulate tu, akan kecut. Means, each cycle boleh sekali je ovulation occured. Tak boleh dua kali.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...