Pengikut

Selasa, 23 Jun 2015

6th cycle: IUI timeline saya berserta kos

IUI rupanya cycle ni. Hihihihihi. Excited!!

14 Mei 2015 (CD1)
Period

15 - 19 Mei 2015 (CD2-CD6)
Mula makan clomid 100mg setiap hari.

Kos: RM45

20 - 22 Mei 2015 (CD7-CD9)
Mula ambil injection Gonal-F
CD7: Dos 150IU
CD8: Dos 75IU
CD9: Dos 75IU

Kos: RM580 (1 pen 300IU)

25 Mei 2015 (CD12)
Checkup dengan doktor. Kelihatan dinding rahim sudah tebal cantik. Ovari kiri kanan penuh telur kecil-kecil disebabkan oleh polisistik ovari. Telur paling besar di sebelah kiri adalah 15mm manakala sebelah kanan 13mm.

Semasa perbincangan, doktor macam nak tambah ubat. Tapi tak jadi. Doktor suruh datang pada CD14 tengok perkembangan telur. Kemudian baru doktor buat keputusan samada nak tambah ubat atau tak.

27 Mei 2015 (CD14)
Checkup dengan doktor. Kelihatan banyak telur yang dah besar. 8 semuanya. 3 di ovari kanan dan 5 di ovari kiri. Terdapat perlekatan di belakang rahim antara ovari kiri dan kanan di mana cycle sebelum ni pun memang dah ada lekatan tu.

Semasa perbincangan, doktor nak tambah gonal-f sebanyak 50IU lagi. Tetapi doktor risau jika ambil injection tu, telur2 kecik yang lain membesar pulak atau ke lapan-lapan tu membesar. Jika lebih dari 3 besar, kemungkin doktor akan abandon cycle iui ni untuk mengelakkan multiple pregnancy. Doktor cerita, ada pesakit dia buat IUI, pregnant 6 orang. tetapi akhirnya semua gugur dan pesakit mengalami banyak komplikasi. Bukan setakat IUI je abandon, nak BD sendirian berhad pun tak boleh. Doktor ada juga cakap, mungkin ada hikmah tak ambil tambahan injection disebabkan perlekatan itu. Kemungkinan tiub falopio aku pun mungkin tersumbat.

Tapi, aku positif. Tak tersumbat tu. Hehehehe

Lagipun gonal-f didatangkan dalam dos 300IU/pen. Jadi rugi beli mahal-mahal tapi hanya pakai 50IU.

Setelah ambil kira semua aspek, aku buat keputusan tak ambil gonal-f. Hanya terus tengok perkembangan telur. Doktor suruh datang balik pada CD16.

28 Mei 2015 (CD16)
Checkup dengan doktor. Kelihatan telur membesar dengan baik. Gemuk-gemuk semuanya tetapi lonjong sebab kene himpit.

Semasa perbincangan, doktor berkira-kira untuk bagi injection untuk matangkan telur. Tapi doktor risau takut kena OHSS. Jadi doktor decide nak spontaneous ovulation jadi kena buat OPK hari-hari dan update dia tiap-tiap hari. Alhamdulillah, aku dah mula buat OPK sejak CD12 lagi.

Kadang2 bila telur banyak sangat dan kita stop stimulation, estrogen dalam badan boleh tiba-tiba drop dan boleh dapat pendarahan.

31 Mei 2015 (CD18)
OPK positif. Lepas update doktor, doktor suruh datang CD19 untuk buat Ujian darah LH (lagi tepat dari buat OPK) dan bersedia untuk buat IUI.

1 Jun 2015 (CD19)
Buat ujian darah di Klinik Dr Wong Wai Ping. Buat kat sini sebab nak dapatkan keputusan secepat mungkin (2 jam). Turn out bacaan LH 17unit sahaja. Kalau bacaan LH 40unit dah boleh buat IUI harini. Jadi, doktor decide buat IUI pukul 10 pagi keesokan harinya. Doktor bagi injection Ovidrel sebagai luteal support. Disebabkan LH dah tinggi, ovidrel bertindak lebih kepada memberi support kepada rahim. Semasa TVS, kelihatan tinggal 2 biji telur je yang membesar. yang lagi 6 tu entah hilang ke mana.

Kos
Ujian darah LH: RM70
Ovidrel 250mcg: 174.15
Admin fee: RM5 + 30sen GST
Misc: 90sen
Consultation fee: RM111.30
TVS: RM111.30
Parking: RM8

2 Jun 2015 (CD20)
Pukul 8 pagi, husband keluarkan air mani.  Pukul 9 pagi mula minum air mineral 500ml untuk memastikan perut penuh dengan air supaya waktu scan rahim nampak lebih jelas. Pukul 10 pagi, doktor jalankan IUI.
Prosedur IUI: Doktor klasifikasikan proses IUI aku mudah. Picagari senang masuk, tiada backflow, dan tiada pendarahan. Semasa IUI, doktor scan perut, untuk memastikan tiub yang bersambung dengan picagari betul-betul berada dalam rahim.

Selesai sudah proses IUI. Alhamdulillah. Doktor bekalkan dua jenis ubat untuk luteal support. Utrogestan (vaginal) dan duphaston (oral).

Selesai IUI, doktor suruh tahan kecing lagi 30 minit. Terkedek-kedek kot nak kena tahan kencing.

Kos
Total kos: RM1772
Parking: RM8

16 Jun 2015 (CD34)
Buat ujian darah BHCG. Keputusan <2. Jadi tidak mengandung. Jadi berhenti ambil utrogestan dan duphaston.

Kos: 
Ujian darah BHCG: RM53
Parking: RM4

JUMLAH KOS: RM2886

Entri seterusnya, post mortem IUI.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...