Pengikut

Khamis, 21 Mei 2015

Sedikit infomasi tentang PCOS a.k.a Polycystic Ovarian Syndrome dan sedikit tips

Sebenarnya, banyak je info kita boleh dapat tetang PCOS ni di internet. Tetapi malangnya, banyak info dalam bahasa inggeris dan tak semua orang fasih bahasa tersebut. Maka, tetiba aku rasa nak tulis dalam bahasa melayu tentang PCOS ni.

DISCLAIMER: Aku translate TAK bulat-bulat je dari artikel bahasa inggeris. Maklumlah, aku tak pandai nak tulis dengan ayat aku sendiri. Tapi aku akan cuba..

PCOS ni sebenarnya berkait rapat dengan hormon yang tak stabil. Ia dikenalpasti berdasarkan hormon androgen (hormon lelaki) yang tinggi di dalam badan. Jadi, bila hormon lelaki tinggi, kat badan kita tu adalah tanda-tanda orang lelaki seperti bulu lebat kat kaki, bulu tumbuh di tempat yang tak sepatutnya (misai, janggut, ect), rambut gugur, suara menjadi garau.

PCOS ni juga berkait rapat dengan insulin. Insulin berlebihan ni lah yang menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak hormon lelaki. Sebab tu, antara diet untuk PCOSer adalah mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat. Dengan cara ini, dapat kawal paras insulin dalam badan kita. Sebab itu jugalah doktor prescribe metformin (ubat untuk pesakit diabetis) untuk PCOSer. Selain dapat mengawal paras insulin, metformin juga dapat membantu menurunkan berat badan dan membantu untuk telur ovulate

Wanita yang mempunyai PCOS juga mengalami inflamasi gred rendah (apa sebenarnya inflamasi ni? Kalau rajin aku cite lain kali. Jerawat tu pun merupakan salah satu inflamasi). Inflamasi ni lah yang menyebabkan badan jadi resistan insulin.

Nampak, semuanya berkait. Dari imflamasi - rintangan insulin - insulin jadi tinggi dalam darah - terlebih hormon lelaki.

PCOS ni dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk dapat rintangan insulin, Diabetis Type 2, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan penyakit jantung. Jadi, sangat penting diagnosis awal PCOS ni supaya kita lebih berjaga-jaga dan mencegah apa yang patut.

Tips untuk mengawal PCOS
  • Kawal berat badan. Berat badan yang normal dapat mengurangkan hormon lelaki di dalam badan. 
  • Senaman secara konsisten untuk kawal berat badan dan regularkan insulin.
  • Makan lebih banyak makanan yang tinggi kandungan fiber.
  • Tingkatkan pengambilan vitamin B dalam diet seharian. Terutamanya vitamin B2, B3, B5 dan B6 untuk bantu kurangkan simptom PCOS. 
  • Berhenti merokok.
  • Elakkan penggunaan bekas plastik. Kalau nak juga pakai plastik, cari yang BPA free.
  • Jangan minum air dari bekas plastik ( ok, ini susah nak buat, kadang kita beli air mineral tu memang dah dalam botol plastic. Dekat rumah pun, kettle diperbuat daripada plastik.)
  • Terapi akupuntur untuk perbaiki paras hormon.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...