Pengikut

Jumaat, 18 Disember 2015

Pendekatan Natural untuk PCOS

Klik sini

http://avivaromm.com/pcos-natural-prescription#

Untuk summary, sila baca di bawah..

Pendekatan semulajadi #1 - Seimbangkan gula dalam darah dan kurangkan insulin resistan

  • Kenapa? Ubat utama yang digunakan untuk merawat PCOS adalah metformin. Metformin membantu gula dalam darah kita terkawal dan ia juga bertindak  sebagai anti-inflamasi.
  • Cara semulajadi:
    • Makan makanan segar dan penuh (whole foods).
    • Diet rendah karbohidrat dapat mengurangkan resistan insulin dan paras testosteron pada wanita yang mempunyai PCOS.
    • Target untuk makan sayur segar setiap hari dan pastikan sayur bervariasi warna.
    • Makan sarapan setiap hari dan pastikan sarapan mengandungi protien.
    • Jangan biarkan diri berlapar,  
    • Kurangkan atau elak terus pengambilan gula dan product tepung , soda dan jus buah-buahan. Termasuk juga kentang dan nasi putih.
    • Elakkan produk tenusu
    • Jangan makan selepas pukul 7 malam
Pendekatan semulajadi #2 - Kurangkan stress dan kayakan kelenjar kita (nourish your adrenal)
  • Kenapa? kelenjar yang stress --> meningkatkan kortisol (hormon stress) --> lemak di perut, ketidakseimbangan hormon dan resistan insulin
  • Cara semulajadi:
    • Bertafakur walaupun 5 minit (untuk muslim, solat, zikir ect)
    • Kurangkan stress di dalam kehidupan sehingga anda dapat  dan belajar bagaimana mengurus emosi anda terhadap penyebab stress yang anda tak dapat elakkan.
    • Dapatkan tidur yang berkualiti.
    • Jangan terlebih senaman. Senaman yang berlebihan boleh meningkatkan pengeluaran kortisol dan ketidakseimbangan hormon.
    • Kurangkan/elakkan kafein. Ini termasuklan kopi, teh dan cokelat.
Pendekatan semulajadi #3 - Seimbangkan hormon anda
  • Kenapa? Kita dapat kurangkan beban hormon dalam badan kita dengan mengurangkan pendedahan hormon dipersekitaran kita dan memperbaiki penyingkiran semulajadi dan detosifikasi badan kita.
  • Cara semulajadi:
    • Minum dari gelas/ botol kaca dan cuba simpan makanan dalam bekas kaca. Plastik boleh mencemarkan minuman/makanan kita  dengan xenoestrogen. 
    • Guna kosmetik, produk penjagaan  badan dan pembersih rumah yang mesra alam dan organik
    • Makan daging organik dan elakkan produk tenusu (jika nak juga pilih yang organik)
    • Kurangkan stress
    • Pastikan membuang air besar setiap hari. Jika tidak, tingkatkan pengambilan serat dengan menambah flaxseed/psyllium husk/gum arabic. Flax seeds dapat membantu meningkatkan hormon SHBG (sex hormon-binding glolubin) dan mengurangkan paras testosteron
    • Ambil probiotic setiap hari yang mengandungi strain Lactobacillus dan Bifidobacterium. dan jika perlu, ambil 1000mg magnesium sitrat setiap hari sebelum tidur untuk memudahkan pergerakan usus.
Pendekatan semulajadi #4 - Gunakan supplement yang sesuai untuk PCOS
  • Kenapa? Beberapa supplement telah terbukti dalam kajian saintifik mempunyai kesan positif terhadap PCOSer.
  • Supplement yang mengurangkan resistan insulin:
    • 4gram myo-inositol + 400 mcg asid folik (improve ovulasi dan conception)
    • 200-400mg Alpha-lipoic acid (ALA)
    • up to 1000mcg/day chromium picolinate
    • Kulit kayu manis (dalam satu kajian kecil 1.5mg kulit kayu manis memperbaiki kitaran haid.
    • 1200 mg/ day D-chiro-inositol (kurangkan paras testosterone). Tambahan 4g/day Myo-inositol untuk keputusan yang lebih ketara. Makanan yang kaya inositol: kacang kuda, kidney beans.
    • 600mg pinitol dalam masa 3 bulan dapat mengurangkan paras glukosa darah sehingga 19%.
  • Supplement yang seimbangkan hormon:
    • Kombinasi peony dan likoris  (Herba Kan) - mengurangkan testosterone, tingkatkan ovulasi, perbaiki kesuburan
    • Vitex (Chaste Berry) Extract - regulate ovulasi, tingkatkan kesuburan dan perbaiki paras progesterone dalam badan. 
    • Black cohosh - perbaiki ovulasi dan kurangkan kesan androgen terlebih dalam badan.
  • Supplement yang menyokong kalenjar (nourish the adrenals):
    • Ambil Adaptogens: Ginseng, Schisandra, Ashwagandha, Rhodiola, Rhaponticum dan Cendawan Maitake yang menyokong fungsi kalenjar, seimbangkan kortisol dan membantu seimbangkan gula dalam darah dan insulin.
    • Cendawan Maitake didapati dapat indunce ovulasi pada wanita yang ada PCOS (50mg/day)
  • Supplement yang menyokong detoks semulajadi:
    • N-acetyl cystien (NAC) - Dapat menyokong detoksifikasi, perbaiki resistan insulin, kurangkan paras testosteron, kurangkan hirsutism dan memperbaiki kitaran haid.
    • Ambil 600mg  3 kali sehari selama 24 minggu.
  • Supplement dengan ubat kesuburan:
    • 60mg CoQ10 setiap hari diambil bersama clomid dapat meningkatkan ovulasi dan pregnancy rate.
    • 3 gram/ day L-carnitine diambil bersama clomid meningkatkan ovulasi dengan ketara dan menigkatkan pregnancy rate. dan juga mengurangkan kadar keguguran. 
 **Adaptogens or adaptogenic substances, compounds, herbs or practices refer to the pharmacological concept whereby administration results in stabilization of physiological processes and promotion of homeostasis, an example being by decreased cellular sensitivity to stress.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...