Pengikut

Rabu, 20 Mei 2015

5th Cycle: Usaha-usaha TTC Cycle Ini

Objektif usaha-usaha TTC aku bulan ini adalah untuk memastikan aku boleh ovulate dengan sendiri dan seterusnya berjaya period tanpa perlu makan ubat.

Dah sedia maklum, PCOSer ni salah satu tanda, ovari malas nak ovulate kan telur. Jadi kenalah usaha untuk pastikan ovulasi itu berlaku.
  • Pemakanan 
    • Setiap pagi makan telur separuh masak (Ada juga hari aku skip sebab  telur habis). Katanya telur ni dapat membantu besarkan telur. Tapi, pendapat aku, telur tu mempunyai nutrient lengkap untuk badan kita. Dan merupakan breakfast paling mudah yang boleh di buat.
    • Kurangkan karbohidrat (Tapi dalam masa 60+ harini, ada je ke laut dalam. Lebih-lebih lagi bila balik kampung dan bersama keluarga. Lepas tu menyesal sebab perut tak hadam. Mulalah perut kembung, pening, muntah)
  • Perubatan Alternatif 
    • 2 kali akupuntur dan moxibustion (Akupuntur ni sangat membantu aku untuk ovulate)
    • 1 kali urut dan bekam 2 cup
    • Banyak kali buat castor oil pack dan fertility massage
  • Makanan Tambahan
    • Pagi: 50mg French pine bark (sebagai antioksidan dan elakkan kaki cramp)(for husband: improved sperm quality)
    • Tengahari: 1200mg fish oil (reduce inflammation, reduce hormon androgen, improve insulin sensitivity), Multivitamin (cukupkan nutrien dalam badan), 1000mg Vitamin C (antioksidan)
    • Malam: Ostematrix (magnesium+kalsium+vit D - untuk kesihatan urat, sendi, tulang), Almanna/Altayebat (prebiotic)
Selesai...

Jom usaha untuk cycle seterusnya...

1 ulasan:

  1. saya pun baru start balik treatment untuk TTC. hope ada la rezeki kali ni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...