Pengikut

Isnin, 18 Mei 2015

5th Cycle: Analisa Graf BBT

Tamat sudah cycle 5 ini. Secara keseluruhannya, aku gembira dengan cycle ini. Cycle yang tanpa ubat-ubatan hormon. Cycle natural. 

Kenapa aku gembira?

Sebab sebelumni kalau tak ambil ubat-ubatan hormon, cycle aku bervariasi panjangnya dari 70 hari menjangkau ke 9 bulan cyclenya. 9 bulan tanpa kedatangan period. Memang lost sangat rasa. 
Nak dijadikan cerita, cycle ni merupakan cycle paling pendek aku pernah dapat. 62 hari. 

Jom tengok graf kat bawah ni.



  • Fasa folikular, 49 hari: fasa telur tengah nak membesar. Ada rasa fedup jugak waktuni. Nasib baik will power tu masih ada nak ambil suhu pagi-pagi. 
  • Hari LH surge, CD48: ini aku anggarkan je sebab waktu ni OPK sudah kehabisan stok 2-3 hari sebelum OPK positif. Selalunya waktu LH surge adalah 24 jam sebelum hari ovulasi. Dan selalunya suhu rendah dari hari sebelum LH surge.
  • Hari ovulasi, CD49: Paham sendiri kot. Sebaik saja lepas hari ovulasi, suhu akan mencanak naik.
  • Fasa Luteal, 13 hari.: Pelik sikit, sebelum ni fasa luteal aku 15 hari. Kalini awal pulak, mungkin sebab aku terlebih bersenam kot. Selalunya jumlah hari fasa luteal adalah konsisten. Yang selalu berubah-ubah adalah masa fasa folikular.
Secara keseluruhannya, suhu tak rocky sangat. Cuma ada sesetengah hari je suhu menggila. Mungkin sebab tak cukup tidur kot. Atau hari tersebut aku malas minum air. Jadi aku discarded je suhu tak comel tu.

OPK tak yah letaklah. Sebab semuanya negatif...

Done Entry BBT. Next entry, Usaha-usaha yang dilakukan pada cycle 5 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...