Pengikut

Jumaat, 22 Mei 2015

10 Rawatan Natural untuk PCOS


1. Kulit Kayu Manis
  • Kulit kayu manis dapat mengurangkan resistan insulin terhadap PCOSer.
  • Dalam satu kajian di Universiti Columbia, pengambilan kulit kayu manis dapat memperbaiki kitaran menstrual PCOSer.
  • Banyak cara untuk makan kuit kayu manis. Antaranya: masukkan 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis dalam air panas dan minum setiap hari, Ambil dalam bentuk kapsul (1000mg) 3 kali sehari atau masukkan serbuk kulit kayu manis dalam makanan seharian kita.
  • Masa mengamalkan kulit kayu manis ni, monitor simptom kurang gula dalam badan kerana kulit kayu manis boleh merendahkan paras gula dalam darah
    2. Flaxseed
    • Membantu mengurangkan paras androgen.
    • Mengandungi lignans yang meningkatkan pengeluaran sex hormone binding globulin (SHBG) yang memegang testosterone dalam darah dan seterusnya menghalangnya dari buat kacau dalam badan (Masa awal2 buat blood test dulu, SHBG ni antara yang disukat. SHBG aku adalah tidak normal)
    • Kandungan fiber yang tinggi dalam flaxseed dapat membantu memperlahankan metabolisma glukosa dan mengurangkan paras kolestrol.
    • Kandungan Omega-3 fatty acidnya juga dapat mengurangkan imflamasi, mengurangkan tekanan darah dan rendahkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung.
    3. Teh spearmint
    • Mempunyai anti-androgenic properties
    • Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Phytotherapy Research menunjukkan pengurangan hirsutism (bulu badan berlebihan) dengan cara merendahkan paras testosterone (free & total) dan meningkatkan hormon LH dan FSH
    4. Cuka epal (Apple Cider Vinegar)
    • Membantu mengawal gula dalam darah dan mengelakkan badan daripada menghasilkan terlalu banyak insulin. Ingat tak entri sebelumni? Kurang insulin bermaksud kurang testosterone (hormon lelaki).
    • Membantu mengurangkan berat badan.
    • Cara penyediaan: campurkan 2 sudu teh ACV (prefer yang ada 'mother') dalam satu gelas air kosong. Minum setiap pagi dan sebelum makan. Dos ACV boleh ditambah sedikit-sedikit sehingga 2 sudu besar.
    5. Fenugreek (Halba)
    • Membantu metabolisma glukosa dan perbaiki resistan insulin.
    • Membantu mengurangkan paras kolesterol, berat badan dan kesihatan jantung.
    • Cara penyediaan: rendam 3 sudu teh halba dalam 6-8 jam. Makan 1 sudu teh halba yang sudah direndam bersama denga sedikit madu di waktu pagi, tengahari dan malam semasa perut kosong.
    6. Saw palmetto
    • Bertindak sebagai anti-androgen dengan cara menghalang aktiviti 5-alpha-reductase dan mengurangkan conversion testosterone ke bentuk yang lebih aktif (dihydrotestosterone (DHT)). Ini seterusnya dapat mengurangkan hirsutism dan menebalkan rambut.
    • Ambil 320mg saw palmetto extract setiap hari untuk beberapa bulan. 1 sudu teh jika dalam bentuk cecair.
    7. Chasteberry (Vitex)
    • Meningkatkan hormon progesteron.(Salah satu masalah PCOSer adalah mempunyai hormon progesteron yang rendah.
    • Memanjangkan tempoh fasa luteal
    • Memperbaiki ketidakseimbangan hormon.
    8. Fish oil (Minyak ikan)
    • Mengurangkan androgen dan perbaiki sensitiviti insulin.
    • Mengurangkan inflamasi, lemak badan dan menghalang penyakit kronik
    9. Licorice
    • Mengurangkan testosterone dalam badan PCOSer
    • Kandungan glycyrrhizin dalam licorice membantutkan sejenis enzim yang diperlukan untuk penghasilan testosterone
    • Membantu ovulasi and detoksifikasi hati. Hati membuang toxins dan hormon berlebihan yang seterusnya membantu regularkan hormon
    • Tidak sesuai untuk yang ada darah tinggi, sakit jantung, penyakit buah pinggang atau hati.
    10. Holy basil (Tulsi)
    • Anti-androgenic
    • Kawal insulin dan bantu menurunkan berat badan
    • Stress reliever
    • Antioksidan dan anti-inflamasi
    • Bertindak merendahkan paras gula dalam darah. Jadi berhati-hati ambil herba ini jika ada ambil ubat diabetis. 
    • Herba ini juga mungkin menyebabkan pembekuan darah menjadi perlahan dan bertindak balas dengan ubat anticoagulant .
    Adalah lebih bagus sebelum mengambil herba-herba ini, berjumpalah dengan doktor atau pakar naturopati dulu. Ini adalah kerana kebanyakan herba bertindak dengan mengurangkan paras testosterone yang boleh menyebabkan peningkatan paras estrogen dalam badan (androgen di convert ke estrogen)

    Selalunya pakar naturopati menangani isu ini dengan mencadangkan cara untuk bantu metabolisma estrogen dan perbaikan pembuangan estrogen berlebihan. Sebagai contoh , dengan mengambil makanan tinggi fiber.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...