Pengikut

Khamis, 16 April 2015

Castor Oil Pack for Upset Tummy

Harini sudah CD35 dan masih tiada tanda-tanda ovulation berlaku. OPK masih negatif dan suhu BBT masih rendah.

Anyway, nak cerita sikit pasal castor oil. Dalam bahasa melayunya ialah minyak jarak. Mudah didapati di kedai runcit india.

Aku amalkan buat castor oil pack ni dari last cycle sebagai sebahagian usaha aku untuk kesuburan specifically to dissolve adhesion and detox liver. Tapi kat sini aku nak cerita pasal kegunaan lain castor oil pack ni.

Dijadikan cerita, semalam aku mengalami ketidakhadaman makanan. Perut kembung dan sebu. Ulu hati rasa tak selesa. Pastu sembelit, susah nak buang air besar. Seksa ok. Minum air sikit pun terasa air nak terkeluar balik. Ini gara-gara 4 hari berturut-turut makan benda pedas.

Jadi, balik dari kerja, aku terus buat castor oil pack selama 50 minit dan sambung buat fertility massage.

Alhamdulillah, perut dah tak kembung dan sebu. Sangat efektif. Jadi lepas ni instead of sapu minyak angin, bolehlah buat castor oil pack bila perut meragam.

Untuk keterangan lanjut tentang kebaikan castor oil pack ni terhadap sakit yang berkaitan fertility,boleh baca kat link dr hamid arshad ni:

http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/02/castor-oil-meningkat-kesuburan.html?m=1

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...