Pengikut

Rabu, 18 Mac 2015

5th cycle: kerisauan cycle tanpa ubat-ubatan doktor

Seperti yang diberitahu sebelumni, cycle ni aku berhenti dari treatment doktor.  Nak rehat kan sekejap badan selepas dua kali berturut-turut makan ubat hormon.

Tapi aku risau cycle ni. Cycle ni adalah CYCLE yang pertama tanpa ubatan doktor.

Mampukah aku ovulate sendiri cycle ni? Dilema bagi orang2 yang ada PCOS.

Insyaallah aku cuba yang termampu supaya aku berjaya ovulate cycle ni. Doakan hormon-hormon dalam badan ni berkerja sebaik mungkin.

Jadi, aku mulakan natural remedy cycle ini dengan melakukan akupuntur+moxibustion. Seperti biasa, auntie tu akan cek dulu nadi. Alhamdulillah, kali ni dia kata aku dah takda apa-apa masalah. Jadi boleh mula TTC bersungguh-sungguh.

Sebelumni, semasa dalam tempoh lucrin, aku ada buat akupuntur gak. Masa dia cek nadi pada waktu tu, dia kata aku kurang darah and badan lemah. Kalau pregnant waktu tu pun, kemungkinan baby akan gugur sebab badan aku yang lemah.

Anyway tu je nak cerita. Gembira sangat auntie tu kata macamtu.

 Semoga cycle ni, ovulation berlaku..

3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...