Pengikut

Rabu, 4 Mac 2015

4th Cycle: Rawatan semulajadi, follow up dengan Dr. Adilah dan misterinya cycle ini

Salam semua,

Ini entri flash back tau.

15 Feb 2015 (CD1)
Selepas 3 hari habis makan duphaston. Akhirnya AF menonjolkan dirinya. Maknanya last cycle (cycle 3) , kitaran haid aku adalah 30 hari.

16-20 Feb 2015 (CD2-CD6)
Aku mula makan clomid 100mg pada  CD2. Sepatutnya CD6/7/8 aku kena jumpa doktor balik untuk dapatkan injection FSH. Tetapi disebabkan pada hari-hari tersebut adalah hari cuti (Raya Cina). Jadi aku datang jumpa doktor pada CD4 (18 Feb).

18 Feb 2015 (CD4)
Nasib baik haritu AF dah light flow. Kalau tak malu juga nak buat TVS.

Masa TVS, doktor nampak ada folikel besar sebelah kiri. Folikel ni adalah dari cycle lepas yang tak kecut-kecut lagi.

 Jadi, disebabkan "cyst" tu, doktor tak jadi bagi injection FSH sebab rugi folikel yang besar tu akan menghalang telur-telur lain untuk membesar.

Doktor ada cakap juga, next cycle aku kena datang CD2 untuk cek samada "cyst" masih ada atau tak.

22-25 Feb 2015 (CD8-CD11)
Aku mula buat castor oil pack dan self fertility massage. (Kalau rajin nanti aku buat seperate entri pasal castor oil pack dan fertility massage ni). Secara ringkasnya, castor oil pack ni bagus untuk detoks organ-organ disekitar perut. Bawahni aku captured dari group FB Endosister. Sila baca ye.





Anyway, Castor oil ni sangat likat macam madu dan aku tak rasa apa-apa yang pelik semasa amalkan castor oil pack ni.

26 Feb 2015 (CD12)
Second follow up dengan Doktor Adilah untuk cycle ni.

TVS macam biasa. Hasil dari TVS, kelihatan ovari kiri masih ada folikel besar aka "cyst". Tapi "cyst" ni tak nampak bulat licin. Nampak macam mengerekot sikit. Takkan corpus liteum kot?

Manakala di ovari kanan, folikel-folikel telur masih comel-comel. Endometrium lining pula tebal cantik, dah sesuai untuk penempelan embrio. Manakala kawasan di belakang rahim di antara ovari kanan dan kiri nampak macam ada lekatan-lekatan. Doktor jelaskan lekatan-lekatan tu kalau lihat masa operation, nampak macam kesan melecur orang yang kena air panas. Benda nilah yang doktor taknak. Mengganggu!!!

Jadi doktor cakap kemungkinan aku baru ovulate ataupun folikel besar itu adalah "cyst"(Aku letak tanda " " sebab unsure cyst ke apa). Doktor cakap aku macam baru ovulate sebab dia nampak endometrium lining aku tebal. Endometriun tebal disebabkan kehadiran estrogen. (ok agak konpius disini, kena blaja lagi part ni). Kalau endometrium tak tebal dan tak ovulate, kemungkinan folikel besar itu adalah cyst.  Doktor pun tak pasti, tapi most probably dah ovulate lah. Anyway aku gembira endometrium aku tebal dengan cantik. Sebab last cycle masa CD12 ketebalan endometrium lining hanyalah 2.4mm.

Aku tanya juga doktor tentang kiri kanan perut aku yang berdenyut-denyut. Doktor cakap mungkin kesan dari clomid cycle lepas. "Cyst" tu pun mungkin kesan dari clomid cycle lepas.

Aku cakap kat doktor yang aku buat OPk pagi tadi dan resultnya adalah positif. Aku tergerak hati nak buat OPK pagi tu sebab pelik suhu BBT aku meninggi haritu. Tapi ikutkan, tak valid celup OPK pagi-pagi sebab ada efek dari hormon semasa kita tidur. Waktu sesuai buat OPK adalah selepas pukul 11 pagi. Anyway, petang tu aku celup lagi sekali OPK, dan result masih positif.

BBT graf aku. tengok CD12, suhu dah mencanak naik
OPK menunjukkan tanda positif . Aku masih buat OPk sampai sekarang

Suprise! Suprise! Awal betul positif. Tahun lepas aku ambil clomid, aku ovulate CD18/19. Tapi kali ni awal sangat CD12. Tapi kalau ikutkan, ovulation berlaku selepas 24-48 jam OPK positif. Konpius disitu. Takkan sebab aku buat castor oil pack tu? Jadi aku ada dua teori pasal ovulation tu. Nanti aku story next entry.

Selesai TVS, doktor tengok nota masa buat laps dulu. Ovari kiri dan kanan aku sudah melekat-lekat ke dinding. Usus kecil belah kanan pun dah melekat-lekat ke dinding. Doktor cakap jarang usus kecil sampai turun ke bawah dan melekat. Selalunya usus besar  yang melekat. Doktor suruh buat ujian darah untuk "cyst" tu untuk tau hormonnya dan merbahaya atau tidak "cyst" tu.

Ujian darah estradiol, LH, progesteron, CEA, CA125 dan AFP

Jadi, last sekali aku cakap kat doktor "Jadi, cycle ni saya tak ovulate ke?". Yup, most probably tak ovulate. Apa-apa pun minggu seterusnya kena datang jumpa dia balik untuk tengok keputusan ujian darah dan tengok perkembangan folikel besar itu.

Lepas habisje appointment dengan doktor, aku pegi buat akupuntur dengan Klinik Nik Omar. RM60 ringgit je. Tapi hanya 8 jarum je digunakan.

Nampak tak bertapa misterinya cycle ni. Semua bukti-bukti tak selari antara satu sama lain.
1. Endometrium tebal cantik, tak nampak folikel yang besar. Cuma satu folikel besar yang dikatakan "cyst" tu. Macam dah ovulasi.
2. OPK dah positif, suhu pun tinggi. Sepatut ovulate 24-48jam selepas, tapi refer balik point 1, macam dah ovulate.
3. Folikel besar tu "cyst" ke atau corpus liteum?

Anyway jangan konfius tau aku sebut folikel, kantung, cyst, semua tu refer pada benda yang sama. Folikel telur dalam ovari kita.

Jadi apa pendapat korang? Aku dah ovulate ke belum?



4 ulasan:

  1. i have the same question on my cycle this month. masa jumpa doc dah CD 21, but nampak telur besar 3cm, 2 bijik pulak tu. My lining masih nipis doc kata, so most prob i x ovulate and what we saw was my eggs. But... my cycle was quite prompt. and today, nampak brown discharged and dah sakit pinggang. Brown discharged tu kluar lps asar n now dah x de... huhuhu...i pon tertanya2...was that cycst or i blum ovulate....

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah nak period ke ST? Pelik juga tu. Tak jumpa doc balik? takut brown discas tu dari "cyst".

      Harini saya followup dgn doc. tenyata memang ovarian cyst...

      Padam
  2. hye sis. nk tny, sis pun de join group BBT kt FB ke? tgk graf BBT sis mcm familiar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai NFAM, saya baru join group BBT tu. Tak penah pos lagi bbt chart saya. Mungkin orang lain punya kot.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...