Pengikut

Sabtu, 7 Mac 2015

4th Cycle: Ovarian cyst pecah?

Salam semua,

5 Mac 2015 (CD19)

Harini follow up dengan doktor untuk lihat perkembangan "cyst". Ternyata memang ovarian cyst dan ovarian cyst tu dah pecah pun. Patutlah CD20-CD23 perut aku sakit gila terutamanya pada CD21. Mungkin masa tu ovarian cyst tu pecah. Perut bahagian bawah mencucuk sakit dan bertambah sakit apabila berjalan, perut jadi kembung penuh angin dan tak boleh nak membuang air besar. Waktu membuang air kecil, terasa perut sakit sangat.

Doktor tanya ada kembung perut tak? Aku jawab, bukan setakat kembung perut, perut sakit melampau. Doktor balas, nasib baiklah tak pitam atau pengsan.

Anyway masa TVS tu nampak kawasan kelabu-kelabu. Doktor kata darah. Doktor godek-godek lagi, doktor cakap, masa  cyst tu pecah, pancutan cecair dari cyst tu terkena salur darah dan salur darah luka. Jadi ada darah beku kat kawasan tersebut. Doktor ukur dalam 20cm. Lekatan-lekatan kat belakang rahim pun ada lagi.

Aku tak tau pun bahaya benda tu. Sebab doktor bagi mc dua hari dan larang kami dari bersama sebab takut darah beku tu pecah. Jadi hari minggu depan kena jumpa balik dia.

Ujian darah yang aku buat pada minggu lepas menunjukkan cyst tu tak merbahaya dan bacaan LH menunjukkan aku baru sahaja ovulate waktu tu.

Pada CD21, terasa sebelah kira perut (tempat darah beku tu) sengal. Menjelang ke malam, kaki kiri aku jadi lenguh pulak. Ermm, takkan ada kaitan dengan cyst tu kot?

Ermmm, will see next appointment macamana pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...