Pengikut

Jumaat, 27 Februari 2015

3rd Cycle: Keputusan Body Basal Temperature (BBT) dan Ovulation Prediction Kit (OPK)

Salam semua,

Sekarang ni dah masuk cycle ke-4 clomid dah. Tapi baru nak update BBT dan OPK cycle lepas. Maap lah ye. Mood tu dimana perginya.

Sambil-sambil membaca bebelan akuni, sila rujuk gambar di bawah ni supaya korang lebih paham bebelan aku.


OPK

Secara ringkasnya OPK ni mengesan LH (luteinizing hormone) surge. LH ini memainan peranan yang penting dalam dua fasa kitaran haid kita.

Pada fasa folicular (CD1 - CD sebelum ovulasi), LH merangsang folikel ovari untuk menghasilkan estrogen. Dalam CD14 (untuk yg cycle normal)(sehari sebelum ovulasi), LH memuncak tinggi (LH surge) dan menyebabkan folikel ovari terkoyak dan melepaskan telur yang matang (ovulasi).

**nampakkan graf LH yang berwarna pink tu spike pada hari sebelum ovulasi.

Pada fasa luteal (hari selepas ovulasi sehingga sehari sebelum period), baki folikel ovari akan menjadi corpus luteum. LH akan merangsang corpus luteum ni untuk menghasilkan progesteron. Dimana progesteron ni penting untuk support pregnancy.

Ok, panjang lebar explainnya ha. Jadi, dah taukan kenapa guna OPK? 

Aku start buat OPK bermula CD11 (3 hari selepas habis makan clomid, ini penting ye, sebab clomid boleh efek keputusan OPK). Sehingga CD20. Entri sebelumni aku ada cerita kemungkinan aku tak ovulate cycle ni. OPK ni membuktikannya. Takda langsung LH surge. So, lepas CD20, aku stop buat OPK dan mula makan duphaston untuk induce period.

BBT

Secara ringkasnya, suhu badan kita rendah pada fasa folikular dan tinggi pada fasa luteal. 
**rujuk gambar atas sekali yang bahagian basal body temperature.


Sila rujuk gambar dibawah untuk BBT aku cycle ni. Line merah tu menandakan waktu ovulasi. Sebelah kiri line merah adalah fasa folikular. Sebelah kanan line merah adalah fasa luteal. Itu secara teorinya. Tapi cycle ni aku tak ovulate. Yang menyebabkan suhu tinggi tu adalah sebab aku ambil duphaston untuk induce period. Duphaston ni meningkatkan hormon progesteron yang sekali gus meningkatkan suhu badan.

Suhu yang spike tinggi tu pada belah kiri line merah tu adalah disebabkan aku amek suhu lewat dari waktu sepatutnya. Jadi suhu tu jadi tak valid.

Untuk ambil suhu ni pun ada caranya. Bukan boleh bila-bila masa je ambil. Suhu kena ambil sebaik sahaja kita bangun tido pagi-pagi. Terjaga je, terus amek termometer dan cek suhu. Jangan ada hati nak gi toiletke, gosok gigi ke. Nanti bacaan tak valid. Dan penting juga untuk dapat tidur yang secukupnya at least 3 jam.

Oklah, ituje nak membebel. Sekarang ni aku dah CD13 untuk cycle 4 ni. Nanti rajin-rajin, ku update cycle 4 ni.

Babai

1 ulasan:

  1. xde icon thumbs up lak kat computer.hahaha... ;)
    keep on BBT and OPK...bagus kannn bile kte wat graf ni leh tahu badan kt respond mcmane... :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...