Pengikut

Khamis, 5 Februari 2015

3rd Cycle: Appointment with Dr. Adilah Part 2

Ni entry basi, baru nak cerita sebab lepas follow up haritu aku agak down. Hehehe. Ye lah, belum start lagi dah berakhir cycle 3 ni.

26 january 2015 - CD11

Tujuan follow up harini adalah untuk tengok perkembangan folikel-folikel telur.

Masuk je bilik dr., terus dr. suruh baring untuk buat TVS.

Ovari kanan: saiz folikel yang paling besar adalah 9.5mm.

Ovari kiri:  saiz folikel yg paling besar adalah 9mm.

Dr. Adilah cakap clomid tak beri kesan kepada aku walaupun dah ambil extended regime. Ketebalan dinding rahim pula, hanyalah 2.4mm. Sangatlah nipis.

Time tu aku dah speechless. Blurr, apa dah jadi ngan badan aku ni. Macam-macam duk fikir time tu.

Dr. Adilah ada tanya cycle aku yang paling pendek berapa lama. Aku jawab 60 ke 70 hari.

Masa konsultansi, doc macam nak tambah ubat injection bagi telur besar. Tapi aku dah CD11 masatu, dah kira lambat untuk bagi ubat suntikan. Bila lambat, dos yang perlu digunakan adalah tinggi untuk dapatkan kesan yang sama. Jadi macam rugi disitu.

Jika ubat suntikan diambil dari CD2, kesannya lagi cantik terhadap perkembangan folikel. Cuma lagi banyak belanja.

Jadi, selepas ambil kira kos. Aku buat keputusan untuk cycle seterusnya untuk ambil suntikan bermula dari CD6/CD7. Kiranya, CD2-6 aku akan ambil 100mg clomid setiap hari. Kemudian sambung ambil ubat suntikan FSH pada CD6/7.

Dr. Adilah tak rasa aku akan ovulate cycle ni. Jadi dr. Adilah bekalkan duphaston untuk turunkan period. Start makan pada 2 feb (CD18). Tapi aku baru start makan 5 feb (CD21).

Saja aku makan lewat sebab mana tahu aku ovulate. Last time masa on clomid aku ovulate CD19 macamtu. Tapu berdasarkan BBT dan OPK yang aku buat, takda tanda-tanda aku ovulate. Maka, startlah makan duphaston.

Bila dah period, CD2 dah mula makan clomid dan berjumpa semula doktor pada CD6/7 untuk dapatkan suntikan fsh itu.

Begitulah ceritanya follow up CD11. Lepas balik dari jumpa doctor. Aku terpikir, adakah sebab lucrin still supress hormon aku. Jadi hormon tak cukup. Bila tak cukup, ovari pun tak respons.

Bila aku email doktor natasha, dia pun cakap benda yang sama mungkin lucrin still suppress hormon. Jadi, dos clomid yang doc bagi tak cukup. Kena tambah ubat stimulasi lagi.

Lepas dari tu, barulah tergerak hati untuk tengok video pasal pcos yang dah terperap kat laptop lebih setahun.

Jadi itu je lah. Bersemangat untuk cycle baru pulak☺☺

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...