Pengikut

Selasa, 13 Januari 2015

Rujukan kesuburan: Memahami Kitaran Haid

Entri ini serve as rujukan untuk aku.

Sangat penting untuk orang-orang yang tengah TTC mengetahui tentang kitaran haid. Maksud aku, bukan sahaja tahu kitaran haid kita berapa hari tetapi kita kena tahu proses-proses dan paras hormon kita  dalam kitaran haid itu sendiri.

Makanya lebih mudah untuk kita tahu apa yang kurang, apa yang terlebih, apa supplement, apa jangkaan dan apa mood kita di sepanjang kitaran haid itu.

Tak paham?

Sebagai contoh, dari keputusan ujian darah, didapati hormon progesteron rendah pada ujian darah CD21(fasa luteal). Sepatutnya pada waktuni, hormon progesteron perlu tinggi. Jadi, bila kita tahu hal ni, kita tahu apa yang perlu dimakan/dibuat masa fasa luteal ni. 

Contohnya lagi, progesteron level adalah normal pada fasa luteal . Jadi, tak perlulah makan supplement/lakukan sesuatu yang meningkatkan lagi hormon progesteron. Contohnya tak perlu makan vitex dan sapu furmon/lumiglow.

Jadi apa yang aku cuba katakan adalah jangan cuba sesuatu supplement tu sebarangan. Tengok apa masalah kita dan apa supplement yang dapat membantu masalah kita tu. Tak semua supplement kesuburan target masalah yang sama.  

Juga penting bagi TTCian yang menggunakan kaedah BBT dan OPK untuk tahu kitaran haid. 
 Contohnya, bila LH Surge berlaku? Waktu ovulasi ke atau waktu sebelum ovulasi? Jawapannya, tengok gambar kat  bawah ye. Sama juga kalau buat BBT, bila suhu badan start naik, ada suhu spike tak?ada suhu drop menjunam tak?

Ok, panjang betul mukadimah. Padahal nak tepek gambar-gambar ni je. Maaf, mampu letak gambar je dulu. Nak cerita detail agak M disitu. Tapi alhamdulillah dengan tengok gambar dah boleh faham. Bagi yang first time tgk gambar kitaran haid ni, perlu google untuk baca lebih lanjut tentang setiap fasa dalam kitaran haid itu. Gambar-gambar lebih kurang sama. Dan tidak disusun ikut turutan ye.

Table ni menunjukkan senaman apakah yang sesuai bagi setiap fasa kitaran haid itu









Insyaallah, kalau rajin bila-bila, aku edit entri ni untuk tambah detail.

Sumber gambar:
www.mymonthlycycles.com
natural-fertility-info.com
en.wikipedia.com
www.sexualityandu.ca
www.globalpublisher.info
www.tutorvista.com
longtron.altervista
www.ajitvadakayil.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...