Pengikut

Jumaat, 16 Januari 2015

Info Kesuburan: Ubat Kuat Rahim, TCM for IVF, Vitamin D

A little bit of everything actually.

Sambil baca-baca artikel,sambil-sambil tangan aku menulis info penting. Sesetengah artikel yang aku rasa menarik, aku akan kongsikan dekat google plus aku. Sila tengok gambar di bawah ni ye.



TCM  bermaksud tradisional chinese medicine.

Xi Fertility TCM Centre terletak di bangunan yang sama dengan KL Fertility Centre.

Aku mencari info tentang bila boleh buat akupuntur dalam satu-satu kitaran haid kita. Jadi tengah duk baca blog Dr. Natasha terjumpa pasal XI Fertiity TCM Centre ni. Apparently, TCM centre ni berkoloborasi dengan KL Fertility Centre. Yup, aku ada acupunturist aku sendiri. Setakat ni aku puas hati dengan acupunturist aku. Tapi harganya mahal sikitlah mungkin sebab dia datang rumah.

Vitamin D sangat berkait rapat dengan kesuburan tidak kira pada lelaki atau perempuan. Didapati, ramai orang yang kekurangan viramin D terutamanya kepada mereka yang tidak terdedah kepada cahaya matahari.

Jadi, buatlah ujian darah vitamin D untuk mengetahui paras Vitamin D anda. Ada dua jenis ujian darah untuk vitamin D, tapi aku tak ingat namanya. Cuma salah satu ujian darah tu lagi bagus dari yang lagi satu. Sila google ye.

Kalau kurang vitamin D, bolehlah berjemur di panas terik selama 10-20 minit (sesiapa yang berkulit gelap tu kena berjemur lama sikit lah) atau boleh makan supplement vitamin D. Bezanya berjemur dengan ambil supplement ialah; vitamin D berlebihan dari sumber matahari tidak akan membahayakan kita (of course aku tak bercakap tentang kanser kulit akibat uva, uvb segala, itu topik lain). Tetapi kalau berlebihan vitamin D dari sumber supplement, boleh akibatkan toksik dalam badan kita.

Sebabtu, pentingnya untuk buat ujian Vitamin D dulu sebelum ambil suplement vitamin D.

Aku jelaskan sikit tentang vit D dalam gambar tu. Memandangkan banyak bahasa inggeris digunakan, takut ada yang tak paham.
  • Sperma manusia mempunyai reseptor vitamin D (VDR) di mana vitamin D dihasilkan dalam sperma. Hal ini menunjukkan vitamin D mungkin terlibat dalam memberi isyarat antara sel-sel dalam sistem reproduktif itu sendiri. Jadi berkait rapat dengan kualiti sperma.
  • Vit D membantu badan menyerap kalsium untuk mengekalkan tulang yang kuat. Maksudnya, kalsium perlu diambil bersama vit D untuk memaksimumkan penyerapan kalsium. Kalau tidak, sia-sia makan kalsium kalau dalam badan takde Vit D.
  • Kekurangan vit D pada wanita (ujian makmal dibuat pada tikus betina).
    • uterus tidak membina dengan sempurna
    • ketidakbolehan untuk membentuk telur matang yang normal
    • fetus/bayi menunjukkan pertumbuhan yang lemah (risiko untuk bayi berhenti berkembang a.k.a mati)
  • VDR didapati banyak dalam organ wanita seperti ovari, uterus dan plasenta.
  • Calciterol merupakan bentuk aktif vitamin D  
    • Ia mengawal gen yang terlibat dalam menghasilkan estrogen
    • Dinding rahim akan menghasilkan calciterol apabila embrio sudah memasuki kawasan dinding rahim betul-betul sebelum implantasi embrio berlaku. This would suggest kekurangan vitamin D akan menyebabkan susah embrio untuk lekat pada dinding rahim.
    • Bila dah mengandung, rahim dan plasenta akan terus menghasilkan calciterol di mana penting untuk mencegah jangkitan tanpa memberi kesan buruk terhadap kehamilan.

Ok, itu aja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...