Pengikut

Rabu, 28 Januari 2015

Ceramah PCOS dan Fertility oleh Dr Marilyn Glenville: Langkah diet untuk PCOS, Supplement untuk PCOS dan lain-lain

Alhamdulillah, banyak sangat benda belajar dari video ni. Sebenarnya video ni dah setahun terperap dalam laptop aku. Tapi tak tertengok-tengok bila lihat durasi video ni hampir dua jam. Semalam, terasa nak tengok videoni sebab aku buntu macamana kenapa telur tak besar, apa lagi yang aku tak tahu.  Alhamdulillah, dalam video ni ada bagitau. Berbaloi-baloi sangat.

Ceramah Dr Marilyn Glenville: PCOS and Fertility

Aku cerita sedikit jelah ye info-info yang ada dalam video tu.

1. Hubungkait hormon-hormon dengan pcos.
Seperti diketahui PCOS mempunyai hormon yang tak stabil. Tapi hormon mana terlibat? macamana hormon ni bertindak?
  • FSH dan LH: Pcos selalunya mempunyai FSH yang rendah dan LH yang tinggi. Wanita normal biasanya mempunyai FSH yang tinggi dan LH yang rendah.
  • Jadi PCOSer yang buat OPK might get false positive result due to high LH ni.
  • Estrogen: PCOS mempunyai paras estrogen yang normal/tinggi.
  • SHBG: PCOS selalunya mempunyai SHBG yang rendah yang menyebabkan hormon androgen tinggi dalam badan.
2. Blood glucose dan insulin
Kebanyakan yang ada PCOS mempunyai masalah dengan metabolisma insulin.
Bila banyak insulin dalam darah, insulin akan stimulate ovari untuk hasilkan lebih banyak hormon testosteron. Testosteron yang tinggi menyebabkan PCOSer ada bulu2 di tempat  tak sepatutnya dan rambut gugur pulak.

Insulin juga menyebabkan hati menghasilkan kurang SHBG. SHBG ni fungsinya untuk bind hormon berlebihan. Jadi bila SHBG kurang, badan dapat penyakit yang estrogen dependent  seperti endometriosis dan fibroid.

3. 7 langkah diet yang bagus di amalkan
  • Eliminate gula dan refine karbohidrat
  • Tingkatkan pengambilan omega 3
  • Eliminate produk tenusu
  • Tingkatkan pengambilan sayur dan kekacang
  • Kurangkan pengambilan alkohol
  • Kurangkan pengambilan kafein
  • Eliminate trans fat
4. Supplement untuk PCOS. 
  • Kromium - kurangkan insulin resistan
  • Magnesium - kurangkan insulin resistan
  • Vit E - perbaiki insulin sensitiviti
  • Vit C - triger ovulasi bagi yang resistan terhadap clomid, kurangkan paras kortisol(hormon stress), bakar lebih banyak lemak masa senaman, 
  • Co-enzym Q10 - perbaiki blood sugar, fat burning dan penghasilan tenaga, perbaiki motility sperma.
  • Zinc - bantu badan cope stress dan kawal selera
  • ALA (alpha lipoic acid) - perbaiki insulin sensitiviti 
  • B vitamins - 'stress' vitamin
  • Vit D - perbaiki kualiti sperma, perbaiki insulin resistan, maintain pregnancy, 
  • Siberian ginseng - tonic untuk adrenal gland -->  no excess estrogen produce
  • Amino acid 
    • branch chain amino acid
    • arginine - penting bila under stress
    • carnitine - fat burning
    • n-acetyle cysteine - improve sensitivity terhadap insulin. Ambil bersama clomid untuk melonjakkan ovulasi
    • glutamine - penting bila under stress
    • tyrosine - kurangkan selera, bakar lemak
5. Herba untuk PCOS (tidak boleh diambil bersama dengan ubat doktor)
  • Black cohosh - merendahkan hormon LH, kurangkan insulin, improves weigthloss,
  • Agnus Castus a.k.a Vitex - regulate kitaran haid, bertindak terhadap pituitary gland.
  • Milk thistle - melindungi sel hati dari rosak --> perbaiki fungsi hati.
  • Saw palmetto - kurangkan paras hormon lelaki
6. Probiotik dan prebiotik
memberi kesan terhadap simpanan lemak

Semua yang aku tulis ni, aku dah ringkaskan. Jadi kalau nak lebih faham fungsi2 hormon dan hubungkaitnya dengan insulin dan seterusnya PCOS, silalah lihat video tu. Bila kita tau hormon apa yang kurang, baru kita tahu supplement apa yang kita patut ambil dulu. 

Yang 7 langkah diet tu pun, dalam video tu ada terangkan kenapa. Contoh kenapa kena ambil omega 3 Ssebab ia dapat tingkatkan respons sel membran terhadap insulin. Bila respons terhadap insulin bagus, badan dapat kurangkan hormon lelaki dalam badan. Jadi sila lihat video tu ye.. Baru ada feel. Sama juga untuk supplement, dia terangkan sebab apa dan bagaimana supplement tu bertindak.

Dalam kes telur ni, aku tahu apa perlu buat. Short term, aku boleh makan vit
c and n-acetyl cysteine. Untuk jangka panjang, boleh try supplement yang lain.

Selain video ni yang terperap lama dalam laptop aku. Ada lagi 2 video yang aku dah tengok setahun yang lepas yang banyak bagi info tentang hormon imbalance dan fertility. Sebenarnya banyak je video2 macamni kat youtube. Cuma rajin tak rajin je nak tengok.

Ni videonya:
'Hormone Imbalance"by Barbara O'neill - video ni sangat mudah paham. Barbara pun guna bahasa inggeris yang mudah. Banyak lagi video dari Barbara O'neill ni yang bermanfaat.

Lagi satu video, aku dah tak jumpa linknya. Basically video tu cerita pasal hormon2 test dan cara yang betul untuk test. Contoh, macam blood test untuk thyroid function, tak cukup kalau buat sekali je blood test thyroid tu. Blood test tu kena buat selalu untuk tengok trend thyroid tu. Tapi video ni agak mengantuk. hehehe. Sebab suara penceramahnya membuatkan aku mahu tidur.

Pada sesiapa yang malas nak tengok video marilyn glenville tu, boleh tengok catatan yang aku buat ni. Ada 12 muka surat semuanya. Semoga beri manfaat kepada semua. Tapi seriously, lagi feel kalau tengok video tu.








Till then.. babai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...