Pengikut

Isnin, 19 Januari 2015

3rd Cycle: Period selepas makan Duphaston dan Resepi Air Kunyit untuk Lancarkan Period

Pasal benda-benda ni pun  nak cerita. Tapi nak cerita juga. Sebab orang yang jarang datang AF macam aku ni, bila datang AF rasa excited dan lega sangat. Jadi naklah perjalanan AF tu lancar. Tambahan pula dulu aku ada endo, jadi naklah buat apa-apa yang patut untuk elakkan sel endo tu ada balik. Ya, AF adalah musuh ketat untuk endometriosis k.

7-11 Jan 2015 -  CD168-CD172
Start makan duphaston 3 kali sehari untuk 5 hari. Kalau 3 kali sehari, bermaksud, kena makan ubat selang 8 jam. Jadi aku pilih untuk makan pukul 6pagi, 2petang dan 10malam. Alhamdulillah, makan ubat on time. Takde terskip. Macam last cycle, aku adalah juga terskip makan ubat waktu dekat ofis.

16 Jan 2015 - CD1
Alhamdulillah AF datang sesudah 4 hari habis makan Duphaston.

Sebelum light flow AF, aku rasa sakit sangat pinggang. Macam nak patah rasanya. Lepas tu cirit-birit.  Memang tanda-tanda biasa kalau aku nak datang AF.

AF pun malu-malu nak keluar. Tetapi, doktor dah pesan, AF akan keluar sikitje sebab uterine lining pun nipis. Aku hanya pakai cloth pantyliner je.

17 Jan 2015 - CD2
Masuk hari kedua, AF banyak tapi still consider as medium flow. Juga aku hanya pakai cloth pantyliner je.

Aku tanya kawan-kawan, makanan apa yang boleh bagi lancarkan AF. Diorang cadangkan untuk makan nenas/betik/air kelapa. Berbelah bagi nak makan sebab aku tengah diet atkin. Tapi takpelah berhentilah diet atkin seketika demi ingin melancarkan AF. Jadi harini aku minum air kelapa.

Nak minum air kelapa pun macam serba salah sebab tukang urut aku tak bagi aku minum air kelapa. Tapi tengah AF kan. Apa salahnya.

18 Jan 2015 - CD3
Nadai... AF dah takde. Tapi aku consider as AF spotting. Mana tau masa aku tido malam-malam ada spoting sikit-sikit. Mandi pagi-pagi, lepas tu takde dah keluar AF. Macam tak puas hati disitu.

Jadi, petangnya aku buat air kunyit. Aku ambil resepi ni dari blog Daphne Iking. Bagus minum waktu period untuk lancarkan period dan untuk sesiapa yang ada endometriosis.

Bahan-bahannya:
  1. Kunyit hidup dalam 5 biji yang comel2
  2. Halia sebesar ibu jari
  3. Lengkuas sebesar ibu jari
  4. Air asam
  5. Gula perang sebagai perasa.
Aku hiris bahan-bahan no 1-3. Masuk dalam periuk, masuk air asam, masuk gula perang. Rebus sampai mendidih dan rasa-rasa air tu dah kuning kunyit. Sejukkan. Boleh diminum suam atau sejuk.

Masa aku buat, aku terlebih air asam. Jadi air aku tu kuat rasa asam. Not bad gak rasanya, mungkin sebab ada bubuh gula perang. Jadi bolehlah telan.

Kalau ikutkan resipi tu ada tambahan daun sirih dan kacip fatimah. Tapi aku tak campurlah bahan-bahan tu. takda pun bahan-bahan tu dekat rumah.

Kepada sesiapa yang ada petua untuk melancarkan period, bolehlah share kat sini ye. InsyaAllah boleh bagi manfaat pada semua.

    3 ulasan:

    1. Bgusnyer resepi lama ni...pernah dgr..tp.xpernah wat..xpe..share je..suka je bc...wat tambah ilmu..

      BalasPadam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      BalasPadam
      Balasan
      1. K cuba baru2 ni... tu pun lepas google... sebelum ni tahu makan betik byk dan mkn tiap2 hari.. K memang problem period.. kadang smpai cd60...aritu masa dh cd 50 ++ K byk minum air blackcurrant twister..sbb ada promosi beli berbotol2.. lepas beberapa hari minum, K spotting brownish... masa tu google la cara induce period.. jumpa website org putih suh amik 3000mg vitamin c selama beberapa hari..no wonder la tetiba keluar brownish.. air blackcurrant tu kan byk vit c..tp, seharian asyik spotting je.. esoknya K try makan vit c 4000mg.. then, baru keluar fresh blood skit2.. huhu... mungkin nak jadi asbab jgk kot... wallahu'Alam...

        Padam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...