Pengikut

Selasa, 27 Januari 2015

3rd cycle: Bebelan TTC

Bebelan ek tajuknya. Tak tau nak letak tajuk apa.

Ada dua benda nak cerita sebenarnya. Tapi tengah sibuk sekarang ni. Satu tentang IVF forum yang aku hadiri sabtu lepas dan dua tentang follow up dengan doc adilah pada isnin haritu. Jadi, insyaallah jika masa mengizinkan aku akan cerita pada entri seterusnya.

Entri kali ni aku nak membebel sedikit.

Rawatan cycle ni agak pelik bagi aku. Pertama sebab aku baru lepas lucrin. Aku tak pasti samada kesan lucrin tu masih ada atau tak. Tapi berdasarkan follow up dengan doc haritu, sepertinya lucrin masih suppress hormon aku. Ovary tak berapa nak respons.

Menyesalkah aku ambil lucrin? Emmm.. entahlah. Masih baru lagi untuk aku buat kesimpulan. Sebab berdasarkan pengalaman orang lain yang ambil lucrin, ada yang period datang selepas 12 bulan lucrin habis. Aku baru nak masuk 3 bulan. Jadi, tunggulah lagi tiga bulan tengok keadaan macamana.

Gatal tangan kan, nak start juga treatment walaupun period tak datang lagi. Tapi my doktor is ok with it. So why not tak teruskan je rawatan. Aku pun excited nak start balik rawatan.
*****
Aku ada email dua orang doctor, doctor salwa dan doctor natasha untuk tanya tentang masalah aku. Alhamdulillah penjelasan diorang menenangkan hati ku sikit. Masa follow up haritu, aku agak terkedu doc cakap telur tak besar sangat. Terus macam blurr tak tahu nak cakap apa. Terus aku email dua orang doctor ni.

*****
Fakta masa ivf forum haritu...
Bersenam lebih 4 jam dalam seminggu boleh mengurangkan peratus seorang wanita untuk mengandung. Jadi, jangan aktif/lasak sangat masa bersenam. Unless, mmg takde rancangan untuk mengandung cycle tu.
*****
Rutin supplement aku sekarang adalah seperti berikut:
Sebaik bangun tidur: 1 biji french pine bark (pycnogenol/antocyanidin)
Lepas sarapan: 1 biji multivitamin gnc
Lepas lunch: 1 biji vit c 1000mg + kadang-kadang 1 biji vitamin D 400ui.
Lepas dinner: 1 kapsul olive oil
Sebelum tidur: 1 sudu teh al-manna(arabic gum)

Aku bercadang untuk tambah habbatussauda dalam rutin supplemen aku.

Rutin supplement my DH pula:
Sebaik bangun tidur: french pine bark
Selepas sarapan: 1 biji multivitamin megaman gnc + 1 biji vitamin c 1000mg. 
Malam:  15 biji herba cina (makan seminggu sekali)
Kalau ikutkan my DH makan 1 biji speman setiap hari. Tetapi berhenti dulu, sebab taknak campur dengan herba cina tu.

 Kenapa my DH ambil vitamin c pagi tetapi aku ambil tengahari? Sebabmya my hubby asyik lupa nak makan vitamin. Sebab tu suru makan sekali harung terus.

*****
Hari isnin haritu aku sempat juga mengurut untuk kali terakhir. Lepasni dah tak dapat urut dengan kak z, sebab dia akan ikut husband dia kerja keluar negara. Rasa sedih pula lepas ni dah tak dapat mengurut dengan dia. Dari mula-mula urut urat aku keras ketung macam dawai besi tetapi sekarang urat urat banyak yang dah lembut. Banyak tips-tips dia kongsikan dengan aku. 

Dia suggest untuk aku makan gamat healing nak bagi badan betul betul kuat balik. Pengalaman mak dia buang rahim, makan gamat healing ni, cepat sungguh emak die sembuh. Emak dia dah umur 70 lebih masa buang rahim tu.

tapi persoalannya di sini, bolehkah pesakit endometriosis makan gamat. Kalau tengok dekat cikgu google, banyak pula fakta-fakta yang bercanggahan. Yang aku tahu, lepas pembedahan je tak elok makan gamat sbb takut luka cepat sembuh sehinggakan sel baru tak sempat nak tumbuh.
*****
Sejak kawin 2 tahun lepas, aku sempat merasa sekali je celup celup upt. Means hanya sekali je aku betul-betul ovulate. Aku tak dapat lagi merasa perasaan test upt berkali-kali negatif. Sedih kah, kecewakah? Bersyukur sangat bila period datang dengan jayanya. Aku sure orang yg pcos, yang datang period 6,7,8,9,10 bulan sekali akan rasa sangat happy bila period datang. Menandakan boleh start planning untuk cycle seterusnya. Jadi janganlah  bersedih jika period datang. At least period anda normal. Cuma mungkin belum rezeki lagi atau ada masalah lain.

Bila period tak datang berbulan-bulan, nak buat apa-apa pun jadi tak tenang. Sebab tak  tau tengah mengandungke, dah ovulate ke. Nak exercise, terfikir what if tgh subur, tengah pregnant?tapi semuanya tak da. It just nothing happen inside the reproductive system. Heheheheh..

SEKIAN BEBELAN HARINI...

Jangan pernah berputus asa tau untuk dapatkan zuriat. Bersedih tak apa. Tapi diri kena terus optimistik dan berfikiran positif. 

Chaiyok...

P/s: sesiapa ada petua macamana nak induce ovulation a.k.a bagi telur matang. Silalah berkongsi ye. Setakat ni saya amalkan telur separuh masak dan susu kambing.

4 ulasan:

  1. I x de la petua apa2... Cuma based on my experience, bila i jaga mkn n senam cycle i mmg baik je... Bila x, mula la dia lambat2 nk datang jenguk. But lain org kain kot kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. agree with your statement ST. no doubt bila jaga makan and selalu bersenam, badan rasa lebih sihat, hence the productive system.

      I know its a long term effort to make something berkesan. bila dah cd11 baru nak fikir... krik krik krik...
      itulah perasaan saya sekarang... hehehe

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah. terkejut jugak. tapi yang doctor tu bagitahu berdasarkan kajian.
      saya rasa power walk is light exercise je. So, cam ok je. Ni mungkin yang jenis yang buat high imppact exercise and masa lama sangat.

      Samalah saya selalu di dalam dilema. nak turunkan berat badan ke bmi normal dulu (i.e diet and exercise gila2) baru nak proceed fertility treatment. Pada masa yang sama tak sabar2 nak buat fertility treatment. jadi buat hand in hand nak kurus n treatment. but nak kurus buat in moderation.
      Kena susun balik plan ni....

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...