Pengikut

Khamis, 8 Januari 2015

3rd Cycle Appointment with Doktor Adilah: Part 1

Ini merupakan cycle ke-3 aku dapatkan rawatan dengan doc Adilah. Dua cycle sebelumni, sebelum aku buat laparoskopi.

7 Jan 2015

Alhamdulillah, aku diberi rezeki masa untuk berjumpa kembali dengan Doc Adilah. Sejak selepas suntikan lucrin, aku tak jumpa lagi doc. Doc suruh jumpa balik CD2. Maksudnya bila period sudah datang. Doc jangkakan aku akan period pada bulan November 2014. Tetapi tak kunjung tiba pun sampai sekarang. Pada masa yang sama, macam-macamlah perut ni rasa. Sakit sini, berdenyut sana. Macam-macamlah. Makanya, dapat juga jumpa Doc A selepas beberapa kali tangguh.

Kali ni 1st time saya dapat jadi patient pertama. Eksaitednye lain macam sikit. Selalu sampai2 mesti dapat nombor 5 ke atas.

Anyway isi perbincangan dengan doc kali ni.

Keputusan ujian darah AMH dan Vit D.
  • Dibuat pada 23 September 2014 ( selepas laparoskopik). Ujian darahni dapat percuma semasa aku pergi IVF Forum.
  • Doc Pelik tengok keputusan AMH aku yang lebih tinggi dari sebelum bedah. Sebelum bedah 58.8 tetapi selepas bedah 61. Katanya, AMH akan berkurang disebabkan umur meningkat dan kesan tenaga yang dikenakan pada ovari (sewaktu ovarian drilling). Jadi, aku nak kena research sikit sikitlah kenapa meninggi. 
  • AMH berkurang ikut umur disebabkan setiap bulan (bagi yang period normal) telur-telur dibuang. Apa-apa pun AMH aku still tinggi daripada normal yang mana dah dijangkakan untuk PCOSer.
  • Vit D alhamdulillah sudah cukup.

Keputusan semen analysis
  • Semen analysis ni aku claim voucher fertility awareness month. Aku buat kat Prince Court pada 24 September 2014. 
  • Alhamdulillah result semua ok.

Sesi TVS (transvaginal scan)
  • Seperti biasa, mesti ada sesi TVS. Kalini, doc tengok keadaan rahim. Dinding rahim nipis. Nampak seperti tiada ovulasi berlaku. Doc tak cakap apa-apa pun pasal ovari. Tetapi aku boleh nampak ovari still macam polycystic tetapi tak seteruk sebelum laparoskopik.

Konsultasi  Doc
  • Doc suruh buat ujian darah Beta HCG dan serum progesteron. Beta HCG untuk tengok mengandung ke tak. Kalau mengandung, tak cukup ubat duphaston yang doc akan bekalkan. Serum progesteron pula, doc nak tahu ada ovulasi berlaku atau tidak. Kalau progesteron rendah, bermaksud memang tak de ovulasi berlaku.
  • Doc bekalkan duphaston untuk induce period. Dimakan 3 kali sehari selama 5 hari. Doc dah pesan, period keluar sikit je sebab dinding rahim pun nipis je.
  • Bila sudah period, doc suruh makan ubat stimulation untuk stimulate ovari keluarkan telur. Doc tanya nak ubat makan (clomid) atau suntikan. Aku tanya doc, kalau suntikan berapa harganya. Doc jelaskan suntikan yang paling murah adalah produk dari negara India RM800. Tercengang kejap. Takpelah, ambil clomid je. Doc bagi clomid dengan extended regime, 100mg clomid selama 7 hari bermula CD2. Hopefully aku dapat maintain ovulation, sebelum cuba cara lain.
  • Berjumpa doc balik pada CD11/12.
Aku ada juga tanya doc chances untuk mengandung. Doc terangkan chances untuk mengandung bergantung kepada berapa lama dah cuba untuk mengandung. Kalau lebih dua tahun, chances tu berkurang. Secara amnya, 1-3% chances jika ambil clomid sahaja, 10% chances  jika IUI dengan ubat clomid, 20% chances jika IUI dengan ubat suntikan, 40-70% chances jika IVF/ICSI.

Alhamdulillah gembira dengan pertemuan kali ni. Kalau nak tunggu period naturally, taktaulah bila boleh start TTC. Yeay, seronok nak mula TTC balik. OPK pun dah order. Semoga Allah permudahkan perjalanan ini.

Azam tahun baru saya, saya nak jadi lebih rajin lagi tahunni... 

Kos:
Clomid: RM63

1 ulasan:

  1. mudah2an semuanya berjalan lancar...inshallah..
    saya bercadang nak gi forum IVF supaya dapat free ujian AMH heee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...