Pengikut

Jumaat, 23 Januari 2015

3rd Cycle: Akupuntur pada CD5 untuk tingkatkan cervical mucus (CM)

20 Jan 2015 - CD5

Aku buat keputusan untuk buat akupuntur pada malam 20 Januari tu. Objektif aku buat akupunturni adalah untuk memperbanyakkan cervical mucus (CM). 

Berdasarkan pengalaman aku buat akupuntur sebelumni, seminggu selepas akupuntur, aku perasan CM banyak dan berkualiti baik. Aku dah makan clomid dari CD2 dan harini CD8 adalah hari terakhir makan clomid. Jadi aku jangkakan O akan berlaku dalam CD13 atau 14. Maka sesuailah buat akupuntur CD5. 

Aku tak tahu orang lain. Tapi pengalaman aku makan clomid sebelum-sebelum ni, my V akan jadi sangat kering walaupun pada waktu subur. Sebab tu aku pentingkan sangat CM ni.Kalau kering, macamana? Sudah tentu, pelbagai lagi fungsi CM ni. Yang penting, CM ni jadi medium untuk memudahkan sperma berenang-renang dan memanjangkan hayat sperma itu. 

Berbalik kepada sesi akupuntur haritu.

Janji pukul 8 malam nak buat akupuntur tetapi harini auntie tu lambat. Mungkin jem kot. Selalu on time dia sampai. Seperti biasa, aku cerita kat dia AF datang bila dan berapa lama. Kemudian, die cek nadi dan seterusnya cucuk jarum-jarum akupuntur di badan.

Dia pelik sebab AF aku datang sikit sangat. Dia cakap aku masih kurang darah sebab tu dinding rahim nipis yang seterusnya AF pun keluar sikit. Dia ada jelaskan dari segi perubatan cina. Tapi aku tak dapat nak make sense apa yang dia cakap. Mungkin aku tak paham term kurang darah tu. Kurang darah camne? Isipadu darah ke kurang atau hemoglobin kurang? Kalau dari segi perubatan moden, dinding rahim nipis sebab progesteron sangat rendah dalam badan. Salah satu fungsi hormon progesteron adalah untuk menebalkan dinding rahim. Sebab tu, doktor akan suruh buat blood test progesteron pada CD21 (luteal phase). Sepatutnya, masa luteal phase (persediaan untuk baby menempel dekat dinding rahim), progesteron kena tinggi. Bila rendah pada waktu luteal phase ni, itu boleh membuatkan kandungan tak kuat dan boleh sebabkan gugur. 

Panjang lebar aku membebel. Anyway, dia nak provide ubat tambah darah lagi kat aku. Tapi aku taknak sebab tengah makan ubat doktor (Alasan je tu sebenarnya, padahal takda bajet lagi nak beli).

Denyutan nadi pula....
Dia kata badan aku masih lemah/tak kuat lepas laparoskopik haritu. Kalau nak concieve cycle ni pun takut kandungan tak kuat. Ada benar juga kata dia sebab aku pun rasa macam badan aku tak cukup kuat lagi. Nak mulakan senaman pun masih was-was lagi. Aku tak cakap pasal kekuatan rahim aku, tapi secara keseluruhan. Macam rasa tenaga tidak seperti sebelum laparoskopik haritu. Even, tukang urut saya pun still cakap luka belah dalam lepas laparoskopik tak betul-betul baik lagi.

Lepastu, seperti biasa dia pesan jangan makan benda-benda sejuk seperti sawi, kangkung, terung dan mangga, tembikai, air ais, air mineral. Dia kata banyak sayur-sayur yang sejuk. Sekali lagi dia jelaskan dari segi perubatan cina. Aku pun dah lupa apa yang dia jelaskan.

Akupuntur pula....
Kali ni, seperti akupuntur yang lepas. dia guna 26 batang jarum cucuk dekat kedua belah tangan dan kaki dan juga perut. Tunggu dalam 30minit, selesai. 

Apa-apa pun, aku anggap cycle ni, cycle aku bereksperimentasi. Lagi-lagi pula, baru lepas lucrin, jadi tak tau macamana badan aku response cycle ni. Cycle ni juga aku ada buat BBT dan akan mula celup OPK pada CD11. Harap-harap ada rezeki. Kalau takda, boleh cuba lagi next cycle. 

**Nota tambahan: Masa aku on clomid pada 2 cycle yang lepas, aku ovulate pada +-CD19. Pada waktu tu makan clomid 100mg untuk 5 hari je. Tapi kali ni, doc suh makan 100mg untuk 7 hari. Sebab tu aku buat anggapan O akan berlaku awal pada CD14. Apa-apa pun kena tengok perkembangan telur pada CD11 nanti.

2 ulasan:

  1. Tabah betul awak ni. Saya tak setabah awak..Saya doakan moga Allah kurniakan yang terbaik untuk awak. InshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa saya optimistik. Bukan tabah. Sebab ada je masa2 sy down. Tp saya selalu berpandangan positif. Hihihi...
      Terima kasih doakan saya :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...