Pengikut

Selasa, 18 November 2014

Akupuntur kali ketiga

Alhamdulillah hari ni buat akupuntur untuk kali ketiga.

Akupuntur kalini berlainan dari sebelum ni . Sebelum ni, lepas aunty cucuk jarum akupuntur, dia akan panaskan jarum2 akupuntur tu. Tapi kali ni takda. 

Takda sebab kalini dia buat akupuntur untuk sihatkan kembali badan. Maklumla, baru lepas buat pembedahan. Walaupun luka bedah dah baik, tapi badan tak betul betul sihat lagi. Jadi kenalah bagi sihatkan badan dulu sebelum mula balik untuk berusaha mengandung.

Tadi seperti biasa, aunty cek dulu nadi untuk kesan apa yang tak kena. Sebelumni hempedu aku panas, tapi berkat tak makan makanan pedas, dah takda dah hempedu panas tu. Kali ni dia diagnosis darah kurang sebab baru buat pembedahan haritu.

Lepas habis cek nadi and dia explain semuanya, bermulalah sesi akupuntur. Lebih kurang 30 jarum dia guna. 3 di tangan kanan, 3 di tangan kiri, 6 di kaki kanan, 6 di kaki kiri dan selebihnya di perut. Dalam sekitar 40 minit sesi akupuntur.

Sebenarnya tak sabar nak start balik ttc. Menunggu saat-saat untuk period je nih. Tetapi sisa sisa kesan lucrin masih ada lagi. Bersabar je lah dengan kepanasan melampau ni. 

Ok.. itu je nak story.

4 ulasan:

  1. Hani di sini.

    Semoga awak cepat recover dan dapat continue TTC lagi.
    Saya berehat lagi sekarang dar segala rawatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks hani...
      Insyaallah walaupun tak buat rawatan doktor, masih boleh berusaha dekat rumah dengan jaga pemakanan, exercise and rawatan lain

      Padam
  2. Rasa akupuntur nie macam mana ya? Macam kena gigit semut ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai cik iman,

      masa dia cucuk jarum akupuntur tu, rasa cam kene gigit semut. Pastu dah tak sakit dah.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...