Pengikut

Selasa, 28 Oktober 2014

Gemuk dan Estrogen

Estrogen dihasilkan dalam sel lemak. Lebih banyak lemak yang anda ada, lebih banyak estrogen badan anda akan keluarkan. Estrogen yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti  ketidakseimbangan hormon dan pertumbuhan tumor. Tahukah anda? Orang yang gemuk boleh meningkatkan risiko menghidapi kanser payudara  sehingga 30-50%.

Sebab itu apabila berjumpa doktor untuk rawatan kesuburan, doktor nasihatkan untuk mengurangkan berat badan. Semua nasihat doktor ada penjelasannya tetapi kadang kala doktor tidak sempat untuk menerangkan lebih lanjut. Kelihatan, ramai orang yang berjaya  menurunkan berat badan berjaya hamil tanpa bantuan rawatan kesuburan.

Cubalah untuk kekal aktif. Apabila anda rajin melakukan senaman, glukosa dan insulin dalam aliran darah dapat dikurangkan dan seterusnya badan dapat memecahkan estrogen dengan cara yang dapat mencegah kanser. Kekal aktif juga akan dapat bertindak sebagai anti-imflamasi semulajadi dan dapat meningkatkan sistem imun badan anda.

2 ulasan:

  1. A'ah. Sya ade bace kt group, ade yg pakat diet sebab nk pregnant. I guess ye la kot kan. jom2 diet! hehehehe

    BalasPadam
  2. Err..ye la..bila dah tak subur ni kita cari penyebab2nya..tapi,di sekeliling kita ramai yg overweight dan pregnant anak berderet,tapi tu la..jaga berat badan bagus untuk kesihatan kan,.thanks for sharing sis!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...