Pengikut

Selasa, 19 Ogos 2014

Tips Kesuburan dari Tukang Urut dari San Spa, The Zenith, Kuantan

Salam,

Tengah berkursus di Kuantan. Kursus sampai petang sahaja. Malam hari adalah bebas. Agak kebosanan. Jadi aku pun pergilah spa kat hotel ni.

Suka minyak aromaterapi yang digunakan di spa ni. Wangi sangat.

Aku lihat satu-satu menu spa. Mak aii harga. Tak terlintas pun nak mengurut. Aku nak wat cream bath sebenarnya. Tapi takda. Yang ada "Coconut Milk and Avocado Hair Treatment". Jadi aku ambiklah hair treatment tu.

Ok, review pasal spa ni aku buat nanti ye. Entri kalini cuma nak cerita pasal tips yang di beri oleh Kak Min, tukang urut kat spa ni. Dialah yang buatkan hair treatment kat aku.

Kisahnya, dia pun mengurut orang yang susah nak dapat anak. Alhamdulillah, ramai yang mengurut dengan dia dah mengandung.

Jadi dia bagi tips, buat air asam jawa tambah garam. Kemudian, embunkan semalaman. Pagi esoknya minumlah air tu sambil berselawat dan berdoa untuk dapat anak. Amalkan tiap-tiap hari selama 3 bulan.

Katanya, dengan mengamalkan air minuman tu,  ia dapat membuang semua lemak-lemak yang ada kat pintu rahim tu. Jadi bila dah bersih, senanglah sperma nak masuk. Haa, itulah yang Kak Min kata.

Kak min cerita lagi, ada sorang kakakni dah 14 tahun dah kawin tapi takda anak. Alhamdulillah, selepas amalkan air minuman tu sambil mengurut dengan dia, mengandung sudah kakak tu.

Seronok sembang dengan kakak ni. Dia asal dari Medan, Indonesia. Belajar mengurut semasa kerja dekat spa mustika ratu. Banyaklah spa dia pernah kerja. Antaranya spa martha tilaar. Berhijrah ke Malaysia ikut husband. Dan sekarang sudah tujuh tahun di Malaysia.

Bilik tempat buat hair treatment. Ada katil urut. Kerusi untuk rendaman kaki, tandas, shower dan sink.

Ok, itu je nak cerita..

Babai..


1 ulasan:

  1. embunkan semalaman tu cmne? bukak bekas n biarkan kat tgh2 laman rumah ke ..hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...