Pengikut

Selasa, 12 Ogos 2014

Keputusan Pembedahan Laparoskopi

Salam,

Aku duk cerita pasal pembedahan. Tapi tak ceritapun keputusan pembedahan tu apa dia.

Sebelum pembedahan, aku kena buat pap smear dan ujian darah. Ada 3 jenis ujian darah kena buat. Lepas keputusan ujian darah keluar. Barulah layak buat pembedahan.

Antara yang doc lakukan masa pembedahan tu adalah seperti berikut:

  • Laparoskopi 
    • Untuk lihat keadaan dalam perut dan ruangan pelvis dan luar rahim.
    • Doc jumpa banyak sangat lekatan dalam perut. Doc suspek jangkitan daripada pembedahan appendiks aku dulu. Usus besar melekat pada dinding perut. Usus kecil melekat. Sampai tak nampak laluan nak tengok ovari. Jadi, doc leraikan lekatan-lekatan tu dulu. Lepas dapat tengok ovari, tengok-tengok ovari pun melekat-lekat juga.
    • Ada cyst kecil dan endometriosis tapi tak ingat lokasinya di mana. Doc clearkan semua
  • Ovarian drilling
    • Disebabkan aku ada PCOS, doc buat ovarian drilling. 
    • Caranya, doc guna heated appliances untuk pecahkan telur-telur yang kecil. Boleh tengok dalam youtube camne diorang buat. Tempat yang dipecahkan, akan keluar macam cecair dan jadi hitam. Harapannya selepas ini telur-telur aku akan membesar dengan jayanya.
  • Histeroskopi
    • Untuk cek keadaan dalam rahim. Untuk prosedur ni, kena pastikan kita tak period masa tu. Kalau tak, takkan nampak keadaan sebenar dinding rahim. Sebaik-baiknya 9-10 hari lepas period.
    • Doc dapati, banyak sangat darah-darah lama yang melekat kat dinding rahim. Darah likat. Jadi doc buat D&C (dilation and curettage). D&C ni yang selalu doc buat untuk orang keguguran. Doc kikis2 darah yang melekat dekat dinding rahim.
    • Selepas pembedahan, darah still akan keluar. Jadi kena pakai pad. Nasib aku bleeding separuh hari je.
  • Cek tiub fallopio
    • Alang-alang dah buat pembedahan, doc cek terus tiub fallopio. Alhamdulillah, tiub fallopio aku clear.
Itu je lah yang aku ingat apa yang doc buat masa pembedahan. Disebabkan aku ada endo, doc suruh ambil suntikan lucrin untuk hentikan period. Nanti next entri aku cerita lebih lanjut  tentang lucrin ni. Maka, aku berhenti sementara untuk TTC. Sehingga kesan lucrin habis dalam badan. Doktor jangkakan aku akan period pada bulan November. In the mean time, bolehlah berusaha untuk turunkan berat badan.

Selepas pembedahan, aku dapat 3 minggu MC dan 3 jenis antibiotik untuk bunuh kuman2 dalam perut yang menyebabkan lekatan itu. Doc nasihatkan jangan bersenam dan buat aktiviti yang menyebabkan hentakan. Takut lekatan tu jadi balik. Tapi, doc kata lekatan tu memang boleh jadi balik. Doc suruh makan vitamin C juga untuk bagi luka cepat sembuh.

Selesai satu entri. Babai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...