Pengikut

Khamis, 24 Julai 2014

Period Selepas Pembedahan Laparoskopi

Salam semua,

Alhamdulillah, setelah 47 hari AF sudah datang. 38 hari selepas pembedahan laparoskopi.

Tinggallah harapan untuk puasa penuh tahun ni.

Apa-apa pun, gembira sebab AF kali ni datang secara semulajadi tanpa perlu makan ubat untuk induce AF. Termasuk kali ni, dah 2 kali aku datang AF secara semulajadi.

Sebelum pembedahan laparoskopi, aku ada berurut dan buat akupuntur. Maklumlah, nak kena bedah, nak bagilah badan sedap sikit. Sedikit sebanyak, akupuntur membantu untuk telur jadi matang.

Selepas AF ni, dijangka AF takkan datang sehingga bulan November. Suntikan lucrin adalah untuk 3 bulan. Tetapi AF lambat sikit nak menjengukkan diri. Lepas 5 bulan baru dijangka AF akan tiba.

Apa-apa pun, selepas 3 bulan, aku nak start balik sesi akupuntur. Nak start balik berTTC bersungguh-sungguh.

Sementara itu, jom kurus badan dan jaga pemakanan!!

Babai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...