Pengikut

Rabu, 9 Julai 2014

Follow-up selepas pembedahan laparoskopi

Salam semua,

Seronok betul duduk kat kampung sampai aku takda masa nak update blog. Padahal banyak benda nak cerita.

Selepas pembedahan, ada dua kali follow-up dengan doktor.

Follow-up pertama
Seminggu selepas pembedahan. Doktor scan perut tengok keadaan dalam rahim samada ada darah lagi atau tak. Kemudian doktor periksa luka tebukan dan cabut sekali benang jahitan. Alhamdulillah luka tiada infeksi apa-apa. 

Selepas tu, doktor tunjuk video waktu pembedahan. MasyaAllah, teruk juga usus aku melekat dekat dinding perut. Sampai doktor tak boleh capai ke sistem reproduksi aku. Jadi kena rungkaikan lekatan itu dulu. Banyak lagi lekatan-lekatan lain. Tapi doktor tak rungkaikan sebab lekatan tu akan jadi balik. Doktor suspek lekatan tu hasil jangkitan kuman daripada pemdedahan apendiks aku 14 tahun lepas.

Lekatan? Kalau nak tau camne, lekatan ni macam kulit ayam yang melekat dekat isi ayam. Kalau kita tarik kulit ayam tu, akan nampak benda yang melekatkan kulit ayam dengan isi ayam tu. Ha, macam tula rupanya lekatan itu.

Mungkin sebab lekatan-lekatan inilah aku selalu sakit perut belah kanan semasa jogging. Banyak yang melekat-lekat dalam perut ni. Disebabkan itu, banyak betul antibiotik doktor suruh aku makan. Empat jenis semuanya. Doktor siap tanya puasa tak nanti? Puasa. Maka ada satu antibiotik terpaksa makan selepas bulan ramadhan. Sebabnya side effect ubat tu sangat teruk.

Doktor sarankan makan vitamin C untuk cepat sembuhkan luka. Alhamdulillah, sebaik lepas bedah aku terus makan vitamin C. Doktor juga melarang aku untuk lasak dan elakkan dari terhentak-hentak sebab takut lambat sembuh dan lekatan tu jadi balik.

Follow-up kedua
Seminggu selepas follow-up pertama. Waktuni klinik doktor buka pukul 11. Erk... masalah di situ. Hospital Pantai ni susah nak dapat parking. Kalau lambat sampai memang takde parkinglah. Masalahnya, takkan nak datang awal? Jadi kami decide naik teksi dari KL sentral je.

Sampai dalam pukul 10.30 pagi. Dapat nombor 4 untuk jumpa doktor. Tup-tup, doktor habis awal prosedur pagitu. Tak tunggu lama, nama aku dipanggil. Seronok folllow-up kali ni. Sebab tak perlu tunggu lama-lama. 

Aku kena cucuk haritu. Doktor tanya, setuju tak nak cucuk ni. Aku cakaplah nervous juga tapi aku nak cucuk. Better cucuk untuk kebaikan aku. 

Sebelum cucuk, doktor scan lagi sekali perut tengok ada darah atau tak dalam rahim. Alhamdulillah takda.
Lepas tu, kenalah cucuk Lucrin. Lebam juga tempat cucuk tu. 

Lucrin ni untuk hentikan period. Ermm, nanti ku cerita entry lainlah pasal lucrin ni. Apa-apa pun, doktor jangkakan period aku akan datang selepas 5 bulan. Doktor pesan, Lucrin ni tak menghalang dari mengandung. Jadi elakkan dari mengandung dalam masa 3 bulanni, sebab ubatni boleh bagi kesan kepada baby dalam kandungan.

Kesan Lucrin ni macam menopos. Jadi aku boleh jadi mood swing, hot flash, tulang rapuh dan macam-macam kesan lagi. Doktor bekalkan kalsium 600gm untuk dimakan sehari sebiji. Baru beberapa hari cucuk, ku dah rasa lutut dan tapak tangan sakit. Kuat juga kesan ubat tu. Semoga aku tabah dalam fasa lucrin ni. 

Selepas 5 bulan (hopefully) bolehlah start balik TTC. Dalam pada tu, ku harap sangat ku dah dapat berat ideal sebelum ber TTC semula.

Apa-apa pun, kan best hari-hari macam hari ni, rasa seronok je. :-)

Salam Ramadhan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...