Pengikut

Selasa, 22 Julai 2014

Bertukar kepada organik dan semulajadi untuk meningkatkan kesuburan

Salam semua,

Tinggal lagi 5 hari nak raya. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah luka pembedahan laparoskopik sudah sembuh dengan baik. Sekarang ni bersedia menerima kesan-kesan suntikan lucrin pula.

Harini nak cerita pasal barang organik.

Sekarangni, aku perlahan-lahan bertukar kepada barangan organik dan bebas toksin. Maklumlah orang yang ada hormon estrogen yang tinggi, perlu elakkan barang-barang tersebut. Barang tersebut mengandungi xenoestrogen yang mimic hormon estrogen dalam badan kita. Dahlah hormon estrogen dalam badan dah tinggi jika kita makan, guna atau hidu benda yang ada xenoestrogen ni, tentulah lagi terlebih-lebih hormon estrogen dalam badan.

Apa barang-barang yang mengandungi estrogen ni? Mari aku senaraikan apa yang aku ingat.
  • Segala jenis pencuci dan semburan - kitchen cleaner, bathroom cleaner, home perfume
  • Racun serangga perosak yang sering disembur pada tanaman
  • Barangan plastik - bekas makanan dan minuman, cerek air
  • Barangan kosmetik dan penjagaan diri - syampu, sabun, gincu, krim muka dll
  • Ayam, lembu cucuk
Ok, banyak lagi sebenarnya. Tapi itu je yang aku ingat.

Apa-apa pun, tang barang-barang mudah sikit nak mengubah kepada organik. Tetapi tang makanan tu payah sikit. Satu, sebab barang makanan organik mahal dan susah di dapati. Dua, sebab kadang beli barang kat kedai biasa, jadi ambil jelah apa yang ada. Tiga, aku suka makan. Kalau makan kat luar, sah-sahlah bukan organikkan?

Jadi apa yang aku sudah bertukar?

1. Barangan kosmetik dan penjagaan diri
Untuk pencuci muka aku bertukar kepada produk Boscia. Produk ni boleh dapat kat Sephora. Banyak lagi jenama-jenama organic yang lain. Tapi kalau tak jumpa, cari je yang bebas paraben segala tu.

Untuk krim muka pula, pakai minyak kelapa dara je. Tapi sebenarnya, tukar2 gak. Sayang tengok produk beli sebelum ni, tak habis lagi. Bagus minyak ni.  Eh tak berminyak ke muka. Tak ok. Mula-mula je berminyak lepas beberapa minit, tak berminyak pun.

Untuk syampu, aku guna brand himalaya yang bebas paraben dan SLE.

Deodorant pula, aku guna 'smelly no more' dari Cosway. Tapi kalau duk rumahje, memang aku tak pakai.

2. Clothpad
Aku tak tahula normal pad tu ada apa. Yang pasti pernah terpikir tak macamana putih bersih je pad tu? Mesti dia cuci dengan sesuatu kan? Macam tepung juga. Warna asal coklat sikit. Bila dicuci, jadi putih bersih.

Dulu kecoh pasal diorang cuci kapas untuk buat pad ni dengan sesuatu called dioxin. Tapi sekarang dah macam tak guna dioxin dah selepas diorang tahu keburukannya. Sekarang diorang cuci pakai apa pun tak tahu. Yang pasti ada beza pad biasa dengan pad normal ni.

Maka, aku pun bertukarlah kepada clothpad. Beli online dekat bamboolite dan snowdrop. Mula-mula agak skeptikal dengan claim yang diorang bagitau pasal clothpad ni. Tapi bila dah cuba sendiri, best! Sebelum ni pakai pad biasa tu, sure akan sakit perut berdenyut, bahagian bawah jadi gatal-gatal dan melecet, bau pun kuat. Tapi sejak bertukarni, takda rasa sakit, bahagian bawah dah tak gatal dan bau pun tak busuk. Dan sangat kagum, rasa kering je kat bawah tu. Jadi aku sangat recommend clothpad ni pada sesiapa yang selalu senggugut, sakit perut masa AF datang.

3. Bathroom Cleaner, Kitchen Cleaner dan segala jenis cleaner 
Sekarang guna 2 produkje. Satu, bathroom cleaner jenama Method. Dua, 'Basic H2 organic super cleaning concentrate' jenama Shaklee.

Sangat recommend Basic H2ni. Sangatlah multipurpose. Aku guna untuk cuci tabletop dapur, pinggan mangkuk, lantai, cermin, perabut dan macam-macamlah. Lebihan air tersebut selalunya aku buat siram pokok. Sangat jimat. Dah tak payah nak beli pencuci banyak-banyak.

4. Guna barangan kaca dan stainless steel
Pinggan, mangkuk, botol minuman semuanya bertukar kepada kaca dan/atau stailess stell. Kalau nak panas makanan dalam microwave pun, akan dipastikan dipindahkan kedalam pinggan kaca dulu.

Tapi untuk penyimpanan air sukar sikit. Selalu orang simpan dalam botol/jug plastik. Aku pun sama. Jag kaca selalu guna bila orang datang rumah je. Betultak?

Tapi walaupun aku guna botol plastik, aku guna yang BPA free. Perlahan-lahan nak bertukar kepada botol/jag kaca.

5. Tukar diet seharian
Perkara paling susah sangat nak buat. Jangan tipu kalau korang tak makan nugget, sosej, burger, pizza, kfc, minuman manis segala tu. Susah nak tinggal kalau dah selalu makan.

Maka, sekarang pelan-pelan aku tukar diet. Kurangkan makan luar, kurangkan processed food, kurangkan makanan dalam tin. Semua tu ada pengawet kimia.

Daging dan ayam pun dah kurang makan. Banyakkan makan ikan. Sayur dan buah-buahan tak tukar kepada organik lagi. Mahal. Ciput pulak tu dapat. Semoga dipemurahkan rezeki bertukar kepada makanan organik. Buah pulak, terpaksalah kupas kulit sebelum makan.

Ituje. Sikit. Tapi perlahan-lahan kita tukar.

Bagi orang biasa, nampak benda-benda ni macam tak penting. Sebab tak nampak kesan langsungnya. Tapi kena ingat, sikit-sikit lama-lama akan jadi bukit. Sikit-sikit kita makan/guna/hidu, lama-lama jadi banyak berkumpul dalam badan. Ha, aku lah tu, dulu tak ambil kisah semuani tetapi bila dah dapat sakit, barulah nak beringat.

Ok tu je bebelan aku. Takda gambar. Kurang menarik post ni. Kalau rajin, aku update post ni.

Babai...

2 ulasan:

  1. bahaya ke klu kita panas food guna microwave pakai tupperware plastic tu je awak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. konsepnye sama macam air panas kita letak dalam bekas plastic. Toksik dari bekas tu boleh menyerap ke dalam air dan makanan.

      Short term tak nampak apa. Long term boleh sebabkan macam-macam masalah.

      Tapi sekarang ada botol/bekas plastic yang BPA free. Which claim to be safe.
      Baca link ni untuk lebih lanjut.

      http://www.mayoclinic.org/healthy-living/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/bpa/faq-20058331

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...