Pengikut

Isnin, 9 Jun 2014

TTC: Rawatan Akupuntur? Berkesankah untuk kesuburan? Satu pengalaman.

Salam semua,

Mood bekerja harini kureng. Sebab sepatutnya aku dah MC harini. Tetapi, postpone pula. MC pun boleh tunda-tunda ek.

Oklah. Harini aku nak cerita pasal akupuntur. 

17 May haritu, kawan aku whatsapp, menyatakan adik dia dah pregnant setelah dua kali menjalani rawatan akupuntur. Adik dia ni, banyak juga masalahnya, dan pernah buat pembedahan untuk buang apa yang tak patut dalam perutnya.

Jadi kawan aku ni, suggestlah untuk aku buat akupuntur ni juga. Maka, haritu juga, 17 May tu juga aku buat akupuntur.

AA - Aunty Akupuntur

Sebelum mula akupuntur tu, AA pegang tangan aku dan rasa-rasa tangan aku. Aku tak taulah dia rasa urat ke apa. Lepas tu, dia akan bagitahu apa masalah kita. Dari situ, AA akan tahu tempat mana nak letak jarum-jarum akupuntur tu. AA kata hempedu aku ni panas sebab aku suka makan pedas. Jadi tak elok. Takut jadi batu hempedu. Lain-lain takda masalah sangat.

Selepas tu, AA pun letaklah jarum-jarum kat aku. Kat tangan, bahu, perut dan kedua-dua belah kaki. Paling banyak die letak jarum kat perut dan kaki. Lepas letak jarum-jarum tu. AA bakar satu daun herba dan panaskan jarum-jarum yang dah dicucuk itu. 

Masa cucuk jarum tu, takdalah rasa sakit sangat. Tapi masa dia panaskan certain-certain jarum, rasa panasnye lain macam. Terutama kat perut. Tempat lain tak rasa pun macam tu. Lepas habis, AA cabut balik jarum tu dan bagi aku simpan. Jadi, lepasni bila buat akupuntur lagi, boleh guna jarum yang sama.

Selepas 4-5 hari buat akupuntur. Aku notis, kat bawah tu banyak white egg. Blurr tau masa tu sebab pertama kali ada white egg. Adakah waktu tu aku tengah subur? 

14 hari selepas ada white egg tu, period aku pun datang selepas 84 hari tak berkunjung tiba. Maka, memang sahlah, masa ada egg white tu tengah subur. Excited sungguh bila period datang naturally. Sebelum ni, terpaksa makan duphaston untuk induce period

Jadi, bagi aku akupuntur ni bagus untuk melancarkan perjalanan darah dan pada masa yang sama, akupuntur merangsang aku punya ovari untuk mengeluarkan telur. 

Insyaallah, aku akan teruskan rawatan akupuntur ni. 

3 ulasan:

  1. excited baca....dekat mana buat akupuntur tu...

    BalasPadam
  2. Syukur akupunktur works for u.,ada niat nak try, tapi belum berani..heee..

    BalasPadam
  3. berapa bayaran awak kalau nak buat akuapuntur tu?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...