Pengikut

Khamis, 19 Jun 2014

Pengalaman sebaik sahaja selesai pembedahan laparoskopi

Alhamdulillah, semuanya selamat.

Masuk dewan bedah pukul 6 petang. Habis bedah dalam pukul 8.30 malam.

Doktor yang menjalankan prosedur adalah Dr Adilah. Pakar bius pula doktor Zaki.

Berpindah je ke katil pembedahan, pakar bius menjalankan tugasnya. Tangan kiri kena cucuk. Seorang nurse pula, tekup mulut aku sambil suruh baca syahadah. Bila masa aku padam pun tak tahu. Sedar-sedar dah habis bedah.

Sebaik sahaja terjaga dari pembedahan. Terdengar sayup sayup nurse panggil nama. Dengan tak buka matanya, aku bedehem dengan payahnya. Payah benar nak mengeluarkan suara. Dalam mamai-mamai tu, terdengar pulak suara latar belakang ada orang mengerang sakit.

Terasa perut sakit sikit. Tak semena-semena aku rasa sejuk sangat.

Aku blank balik.

Sedar-sedar, nurse suruh beralih dari katil bedah ke katil wad. Mengesot la aku ke katil wad dalam keadaan mata tertutup.

Aku blank balik.

Sedar-sedar, nurse tengah tolak katil untuk ke wad balik. Terdengar sayup-sayup nurse bersembang. Terdengar sayup-sayup lagi suara lelaki bertanya pesakit dah sedar ke. Nurse jawab sudah.

Sampai sudah ke bilik wad.

Dalam mamai-mamai tu, ada hati pulak aku nak bersembang. Apa yang aku mengarut pun tak taulah.

Blank balik.

Sedar-sedar adik ipar datang melawat. On and off lagi kesedaran itu.

Tekak kering sangat. Tapi masih tak boleh minum. Pukul 12 tghmalam baru boleh minum.

Rasa cepatje masa berlalu. Dah pukul 12.  Dah boleh minum air.

Muntah kali pertama. Lepas muntah. Bangun nak pergi tandas. Punyalah payah bangun. Menggeletar. Mungkin fungsi otot-otot aku belum berfungsi dengan sepenuhnya. Bangun-bangun je,  meleleh-leleh darah keluar. Husband risau dah. Aku cakap balik kat dia. Takda apa-apa tu.

Duduklah aku dalam tandas tu. Konon nak kencing. Nurse pesan, kena kencing sebab nak buang sisa-sisa ubat semasa pembedahan. Tak kencing. Tak terasa nak kencing pun. Sebab takda air dalam badan.

Tidur  balik.

Terbangun 3 kali lagi muntah-muntah. 2 muntah air. Dan muntah yang terakhir, keluar cecair kuning-kuning pahit.

Lega. Sambung tidur sampai 6.30 pagi. Nurse datang ambil tekanan darah dan suhu. Nurse tanya dah kencing ke belum. Belum. Nurse pesan kena kencing sebelum pukul 7 pagi.

Nurse keluar je, terus pergi tandas. Berjaya akhirnya kencing. Tak bau hancing. Bau ubat je.

Itujelah nak dikongsi. Sekarang, perut tak rasa sakit lagi. Mungkin malam baru rasa.



3 ulasan:

  1. semuga cepat baik :)
    jaga makan ye...rehat betul2 lps ni...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..semoga cepat sembuh..Amin..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...