Pengikut

Sabtu, 21 Jun 2014

Hari pertama, kedua dan ketiga selepas pembedahan laparoskopi

Pagi selepas pembedahan(khamis). Badan lemah dan sangat lapar.

Doktor datang melawat brief pasal operation semalam.

Lepastu makan pagi roti jem+butter 3 keping.

Badan dah rasa busuk dan melengas. Aku nak mandi. Husband kata tak boleh mandi lagi. Tak berapa lama lepas tu, nurse datang tukar air. Tanya nurse, boleh mandi atau tidak. Nurse kata boleh. Cuma elakkan dari kena luka kat perut.

Terus pergi mandi. Wangi sikit.

Lepak dalam bilik wad. Bosan. Husband dah tidur sebab semalam dia tak tido langsung menjaga aku yang asyik muntahje. Beberapa kali nurse datang untuk tukar air dan antibiotik, juga masuk ubat dalam bontot. Juga bagi makan ubat angin, antibiotik dan pain killer.

Makanan tengahari sampai. Chicken alfredo with mash potato and vegetable. Makan sikit. Selebihnya husband yang makan.

Petang tu. Dah tak perlu masuk air dalam badan. Bolehlah pergi berjalan-jalan kat bawah beli makanan untuk husband. Untuk aku pula, rembat hotnroll savory paratha chicken and cheese.

Eh eh... ku tak pantang ke?

Petang, doc datang melawat lagi tengok keadaan camne. Doc tanya sudah kentut ke belum. Leher sakit tak? Belum lagi masa tu. Doc pesan keesokan harinya (jumaat), sudah boleh discas. Yeay!! Bosan sudahni.

Makan malam, ikan+nasi+sayur. Licin aku makan.

Menjelang malam, dah boleh kentut dan membuang air besar. Alhamdulillah sistem usus dah normal. Bahu, tengkuk dan belakang badan dah mula rasa sakit. Tekak juga bertambah sakit. Malam tu tidur dalam keadaan yang sakit tu. Waktu tu, perut tak rasa sakit sangat.

Pagi (jumaat), bangun awal dan dah boleh mandi sendiri tanpa pertolongan orang. Seronok sebab harini dah boleh discas. Masa doc sampai dalam pukul 11, aku tengah makan salad. Doc cakap bagus banyak makan macamni.

Doc tukar plaster luka di perut. Doc cakap luka kat pusat ni sakit sikit. Tapi aku macam takda respon sakit. Doc tanya, tak sakitke? Sakit juga tapi sakit angin di bahagian atas perut lagi sakit.

Doc bagi mc 3 minggu.

Dalam pukul 12. Dah discas.

Nurse bagi lebihan ubat antibiotik, pain killer dan angin untuk sambung makan di rumah. Juga nurse bagi satu lagi set ubat yang diasingkan. Set ubat ni makan selepas follow up doktor yang akan datang.

Balik rumah, basuh baju dan kemas barang apa yang patut. Petangtu terus balik kampung.

Rasa sakit leher, bahu dan belakang masih ada.

Menjelang hari ni (sabtu), sakit-sakit tu dah hilang. Alhamdulillah... perut pun tak sakit sangat. Dah boleh naik turun tangga dengan mudah.

Terkejut juga sebab tak rasa sakit sangat kat luka pembedahan. Nak bangun pun senang. 14 tahun lepas, selepas bedah buang appendix, lama juga aku bed rest. Sebab rasa sakit sangat tempat luka tu.

Habis sudah cerita lepas operation. Panjang lebar aku cerita ni hah. Harap boleh beri sikit idea lah apa yang berlaku selepas menjalani operation.

Sakit bahu, tengkuk segala tu ada orang kata disebabkan oleh angin. Sebab masa laparoskopi, doc masukkan gas dalam perut nak bagi perut kembung supaya senang nak tengok keadaan dalam perut. Tekak sakit mungkin sebab angin atau dari alat pernafasan  yang dimasukkan dalam mulut semasa pembedahan itu.

Apa kesimpulan doktor dari pembedahan yang dilakukan? Nanti-nantilah aku cerita ye. Babai.


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...