Pengikut

Isnin, 19 Mei 2014

TTC: Keputusan 2nd Cycle Clomid

Salam semua,

Entry basi. Tapi nak update juga. Seperti dijangkakan, cycle clomid aku kali kedua gagal.

Sebabnya,

Waktu ovulasi, aku mengalami keracunan makanan yang sangat teruk. Demam panas sampai 5 hari. Hinggakan doktor suspek aku kena denggi.

Bila dah period, aku masih tak dapat buat keputusan lagi nak buat apa.

Itu 2 bulan ++ yang lepas.

Doktor sarankan kalau tak berjaya cycle ni, dia bagi 2 option.

Satu - Kena cucuk ubat, sebab clomid tak berkesan

Dua - Buat pembedahan untuk clearkan apa yang patut kat dalam sistem peranakan itu.

Ingatkan, lepas raya baru nak mula rawatan balik. Tapi tak sabar la pulak nak mula rawatan. Maka insyaAllah akan berjumpa doktor pada waktu terdekat ini. Keputusan nak buat apa, belum firm lagi.

Semoga semuanya dipermudahkan.

Tambahan...

p/s: Pada cycle kedua clomid juga aku dah buat HSG. Nanti rajin ku cerita resultnya.

1 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan...semoga ada rezeki tu untuk awak...amiin...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...