Pengikut

Khamis, 29 Mei 2014

Kesimpulan rawatan susulan dengan Dr. Adilah

Salam semua,

Entri ringkas sahaja harini.

Alhamdulillah, 27 April haritu sudah berjumpa Dr. Adilah. Cantik-cantik cincin Dr Adilah. Suka!!! :D

Aku sampai hospital pukul 7.30 pagi. Kononnya nak dapatkan giliran nombor satu. Sekali tengok-tengok, ada orang datang lagi awallah. Maka dapatlah nombor 7. Disebabkan dah sarapan kat rumah, jadi melepeklah kami kat depan bilik doktor.

Oklah.

Antara kesimpulan rawatan haritu:
  • Dah buat keputusan untuk langkah seterusnya
  • Buat Pap-Smear (1st time buat pap-smear, terasa segan disitu. Heh, mengadakan)
  • Buat TVS (erk, senak pulak la harini.. uhuk uhuk)
  • Buat ujian darah untuk blood count, anti-mullerian (AMH) dan vit D (ni pun, sakit. Selalu tak sakit. Kesan darah pun banyak. Tempat cucuk tu pun ada sikit bengkak)
Alhamdulillah... nanti-nantilah ye aku cerita langkah seterusnya itu ye. 

Anyway, masa tengah konsultansi dengan Dr. Adilah, aku kena tegur. Tapi tegur-tegur pun, lembut sangat doktor bercakap.  Masa tu aku dah CD72. Doktor pesan, orang yang ada PCOS macam aku ni, jangan biarkan tak period lebih dari 30 hari. Tak elok. Hasilnya terlihat masa buat TVS tu. Endometrium tebal sangat.

Oklah itu saja.

Babai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...