Pengikut

Isnin, 26 Mei 2014

Hormone Cure: Tanda-tanda seseorang itu mempunyai progesteron rendah atau kerintangan progesteron

Salam semua,

Ok, tengok tajuk pun pening. Tak tahu perkataan sebenar untuk progesterone resistance dalam bahasa melayu. Aku sedaya upaya untuk menulis dalam bahasa melayu. Jadi lebih ramai orang boleh dapat manfaat penulisan ini. Jadi kalau ada perkataan yang dalam bahasa inggeris tu, minta maaflah, tak tahu nak alih bahasakan macamana :).

Oklah...

Keputusan darah aku menunjukkan aku mempunyai paras progesteron yang sangatlah rendah. Paras progesteron yang normal pada CD21 sepatutnya  lebih dari 10ng/mL. Yang paling optima adalah antara 15 ke 25 ng/mL.

Bila dapat tahu je, mulalah aku mencari-cari supplement atau makanan atau ubat atau krim yang boleh meningkatkan paras hormon progesteron aku ni.

Setakat ini, aku ikut dari segi pemakanan je. Dimana, aku makan avokado. Avokado dikatakan dapat meningkatkan paras progesteron.

Oklah kembali kepada tajuk. Berdasarkan buku "The Hormone Cure" yang aku baca, jika seseorang itu mempunyai lebih dari lima tanda-tanda yang disenaraikan di bawah ini, seseorang itu berkemungkinan mempunyai paras progesteron yang rendah.

Jom cek, korang ada tak tanda-tanda seperti di bawah ini:
  • mengalami kerisauan (agitation) atau PMS
  • Sakit kepala berkala (khususnya migrain semasa datang bulan)
  • Payudara sakit dan/atau bengkak
  • Kitaran haid yang tak tentu, atau kitaran menjadi semakin kerap dengan pertambahan usia
  • Haid yang banyak atau sakit
  • Sebu (bloating), terutamanya di buku lali dan perut, dan/atau ritensi air (water retention)
  • mempunyai cysts pada ovari, payudara atau endometrium (polyps)
  • Tidur yang mudah terganggu
  • Kaki gatal atau restless, terutamanya pada waktu malam
  • Increased clumsiness or poor coordination 
  • Ketaksuburan (korang dah cuba bersungguh-sungguh untuk mengandung tetapi tiada hasil dalam masa 12 bulan korang mencuba -- 6 bulan untuk yang berumur lebih 35 tahun)
  • Keguguran semasa trimester pertama
Haa, ada tak tanda-tanda seperti  di atas? 

Lebih daripada 5? 

Lebih baiklah korang ambil tindakan. Silalah berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan.

Tapi kalau tak nak jumpa doktor, Senarai di bawah ini adalah benda yang korang boleh buat:

  • Makan Vitamin C - 750mg vitamin C sehari menunjukkan paras progesteron meningkat pada wanita yang mempunyai paras progesteron yang rendah.
  • Bersosiallah - Bersosial disini bermaksud bergaullah dengan kawan-kawan. Jangan duduk memencilkan diri ye. Ini adalah kerana progesteron merupakan salah satu hormon yang berkait dengan stress.
  • Elakkan minuman berkafein - Yes, you hear me! Nasib baiklah aku tak minum kopi. Teh pun jarang. Eh, cekelat pun ada kandungan kafein tau. Ye, susahkan nak berhenti. Mula perlahan-lahan ok. Kafein meningkatkan tenaga sementara dengan cara meningkatkan kortisol (hormon stress), paras kortisol yang tinggi boleh menghalang reseptor progesteron untuk bekerja.
  • Berhenti minum minuman beralkohol - Ok, yang ni tak berkaitan dengan orang islam. Yang non-muslim, sila ye berhenti.
  • Makan chasteberry (Vitex) - Dikatakan chasteberry meningkatkan hormon progesteron. Chastebery meningkatkan pelepasan hormon luteinizing (LH) dari kalenjar pituitari dimana ia meningkat progesteron dan menstabilkan fasa keduakitaran haid. (fasa selepas ovulasi)
Oklah banyak sudah aku membebel ni. Jadi, korang yang mempunyai hormon progesteron yang rendah, apa yang korang buat ek? 

Babai

** Semua info dalam entri ini diambil dari buku "Hormon Cure" dan dari pemahaman aku sendiri.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...