Pengikut

Jumaat, 11 April 2014

Supplement/Vitamin waktu TTC

Salam semua,

Lama betul tak update blog. Maklumlah musim "M" sudah datang.

Apa-apa pun, aku pasti semua yang berTTC ada ambil some sort of supplement. Aku pun tak terlepas jugalah dari mengambil supplement. Tetapi nak ambil supplement ni, macam satu teka-teki pula. Lagi-lagi untuk PCOSer.

PCOSer ni sedia maklum mempunyai hormon tak teratur (read: estrogen dominance, low progesterone). Maka, PCOSer perlu berhati-hati mengambil supplement yang memberi efek kepada hormon (read: kacip fatimah, vitex, EPO, GLA). Maka, pastikan korang tahu apa masalah dengan hormon korang sebelum ambil sebarang supplement.

Panjang betul mukadimah aku. Padahal sebenarnya nak kongsi supplement apa yang aku ambil semasa TTC. Bertukar-tukar jugalah supplement yang aku ambil.

Supplement sebelum aku jumpa doktor:

  • Phytonatal Nona Roguy
  • GLA Shaklee
  • Alfafa Complex Shaklee
  • Vitalea Shaklee (multivitamin)
  • Acid Folic
  • Vitamin C
Tetapi selepas sudah berjumpa doktor, supplement pun berubah. Doktor terangkan tentang hormon aku dan apa supplement yang perlu dielakkan. Basically, doktor suruh elakkan makan supplement yang ada unsur estrogen.

Makanya, sekarang aku hanya makan:


Vitalea with iron formula
Makan sebiji selepas makan tengahari. Yang penting multivitamin ni ada Vitamin D dimana Vitamin D membantu membesarkan telur yang cantik (read: Vitamin D for PCOSer).  Iron dan vitamin E pun sama bagus untuk telur (tak ingat kualiti telur atau membesarkan telur).




Asid folik
Makan sebiji selepas makan tengahari. Sebenarnya dalam vitalea tu dah ada dah asid folik tapi mengada nak makan juga. Ku beli kat Watson sahaja. Semua orang tahukan pentingnya asid folik ini.

French Pine Bark
1/2 biji sebaik sahaja bangun tidur. Supplement ini adalah sejenis antioksida yang kuat. Ermmmhh, camne nak cerita ek? 
Urghhh...
Korang google sendiri lah ye pasal antioksida
Apa-apa pun, supplement ni sangat berkesan bagi sesiapa yang selalu kejang/cramp kaki. Untuk pengetahuan, hampir setiap malam kaki aku akan kejang. tapi sejak makan supplement ni. Hilang terus cramp. Ia melancarkan perjalanan darah. Tapi sesiapa yang alergik pokok pine tak boleh ambil supplement ni ok. Dah antioksida ni, sudah tentulah bagus juga untuk melambatkan proses penuaan kulit. 




Tiga supplement tu je yang aku konsisten makan. Tapi kadang-kadang, aku telan juga Vitamin C. 

Anyway, banyak lagi supplement nak makan. Tapi, uhuk-uhuk, tak tau kenapa tak nak campur banyak sangat. Antara supplement yang dalam wishlist:
  • Vitamin B complex: yang ada inositol (bagus untuk PCOSer juga). Vitamin B membantu dalam proses berkaitan metabolisme. (Melancarkan proses pemindahan tenaga?). Bagus untuk yang ada metabolisme rendah.
  • Saw Palmetto: Anti estrogen and anti androgen (Read again: estrogen dominance). Tapi tak berani nak cuba. Sebab saw palmetto ni body builder pun makan. Sesiapa pernah try tak?
  • Vitex: Claim to increase progesterone level
Itu jelah perkongsian kali ni. Kongsilah supplement apa yang korang makan masa TTC.





2 ulasan:

  1. thanks share awk..sblum ni sy main mkn je supplement without knowing sesuai ke x dgn badan..kna wt check up dgn doc dlula cmni..sy kawen dh 6 bulan tp xpregnant lg..period xstabil..risau..huhu..

    BalasPadam
  2. saye sokong sgtt..mmg kne dptkan nasihat doc kne tau hormon apa yg kita kurang ke lebey ke kann..saye jumpa gynea last week. Doc bgtau sy terlebey hormon FSH. jadi kne makan progyluton. xboley mkn clomid sbb boleh shutdownkan period. jd kne hati-hati..silap ubat buruk padahnya...hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...