Pengikut

Selasa, 7 Januari 2014

TTC: Hari Ovulasi pada Cycle Day 16

Entri ini adalah kesinambungan dari entri "policystic ovary yes i am", "you have PCOS if" dan "outcome lawatan kedua dan ketiga".

Jika korang tak paham entri ni, definitely korang kena baca entri sebelum-sebelum itu.

Walaupun cerita ni dah basi, tetapi aku tetap juga nak kongsi..

Maka pada CD#16, aku berjumpa doktor semula untuk lihat perkembangan telur aku. Sama ada sudah ovulasi atau tidak.

Pada haritu, aku rasa perut sakit sangat terutamanya bawah perut kanan dan kiri. Kalau ikut kata doktor, aku akan berasa sakit sebelah kiri waktu ovulasi. Sebab hanya ovari sebelah kiri yang ada telur yang besar. Tetapi harini kiri dan kanan sakit, seluruh perut pun sakit sampai jalan pun tak betul. Paling tak seronok, nak beri-beri pun tak boleh. Bila teran, lagi bertambah sakit kiri dan kanan perut. Sangat seksa masa ni.

Ok berbalik pada hal jumpa doktor. Seperti biasalah, doktor akan tengok fail kita dan tanya beberapa soalan. Dalam entri sebelum ni, doktor suruh lakukan 3 benda, jadi itulah yang ditanya. Berapa kali bersama? ada lendir tak? ada rasa sakit sebelah kiri tak? Lepas dah jawab,  terus buat TVS.

Semasa TVS:
  • Doktor dapati kantung telur sebelah kiri tu dah mengerekot. Tak bulat macam biasa. Ini tandanya, telur sudah pecah keluar (ovulasi). Yeay!!! Dan aku agak, aku ovulasi pada harini, sebab keadaan kesakitan yang aku alami itu. Sekeliling ovari juga adalah bersih dan kering.
  • Ovari belah kanan pula, doktor nampak banyak kantung cecair melekat-lekat di sekeliling ovari. Siap berbilik-bilik lagi. Sebelum ni cek, takda apa-apa. Cecair yang melekat-lekat itu berkemungkinan adalah cyst. Doktor kata, sebab nilah perut aku kembung dan selalu je rasa sebu.
  • Dinding rahim pula tebal. Memang pun tebal sebab dah ovulasi, jadi rahim tengah bersedia untuk persenyawaan.
Selepas TVS, sesi perbincangan pula:
  • Since sudah ovulasi, kemungkinan mengandung itu tinggi. Jadi doktor bekalkan duphaston untuk support rahim.
  • Apabila ubat dah tinggal 3 biji, buat UPT. Jika positif, beli ubat di farmasi dan sambung makan.
  • Kalau tak mengandung, datang semula jumpa doktor pada CD#3. (Hari ketiga AF datang). Dalam kes ini, memang AF akan datang sebab ada ovulasi.
  • Lagi sekali doktor terangkan, jika tak mengandung, kena buat keputusan apa pilihan rawatan seterusnya. Antaranya:
    • Buat laparoskopy with ovarian drilling untuk bersihkan rahim dan ovari
    • Scan HSG untuk lihat samada tiub fallopio tersumbat atau tidak
    • Teruskan sesi rawatan makan ubat seperti biasa.
Result pun dah dapat. Jadi hasilnya, aku kena buat keputusan untuk rawatan apa lepas ini. Since masa AF aku datang, doktor tengah bercuti, maka terlepas peluang untuk teruskan rawatan. Maka kena tunggu next AF datang baru boleh buat rawatan seterusnya. Aku tunggu sampai akhir bulan Januari ni, jika AF tak datang juga, aku decide terus pergi jumpa doktor. 

Itu je lah. Jika korang yang baru mula nak dapatkan rawatan perubatan, inilah proses-proses yang akan korang lalui dalam satu cycle period korang. Harap dapat memberi panduan kepada korang apabila jumpa doktor kelak. Perlu diingatkan juga, lain doktor, lain cara rawatannya.

Ituje nak kongsi. Babai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...