Pengikut

Jumaat, 24 Januari 2014

TTC: Appointment seterusnya dengan Dr Adilah

Salam semua,

Kali terakhir aku jumpa Dr Adilah adalah pada November tahun lepas. Ingat, cycle seterusnya nak teruskan treatment. Tetapi waktu CD3 aku outstation dan Dr Adilah pula bercuti panjang.

Masa tu, dah risau, bila lagi nak jumpa Dr Adilah. Sebabnya, aku tak tahu bila lagi AF akan datang. Mungkin dua bulan lagi atau 6 bulan lagi baru nak datang. Pengsan!!! Kalau ikutkan, Dr Adilah suruh datang pada CD3. Tapi kalau AF tak datang, bila masanya nak sampai CD3 itu.

Ok, panjang betul membebel.

Harini dah masuk CD40. Kitorang suami isteri buat keputusan untuk jumpa juga Dr Adilah minggu depan walaupun bukan CD3. Sebabnya, aku dah rasa makin semacam je ovari belah kanan ni. Sila baca SINI untuk tahu sebab apa. Kekerapan berdenyut-denyut sakit belah kanan bawah perut makin menjadi-jadi. Semoga tiada apa-apa yang serius.

On the other side,

Sejak mula treatment dengan Dr Adilah, aku lebih kerap jalankan gaya hidup sihat. Tapi, bertapa tekun pun aku kawal pemakanan dan ber"workout", hasilnya tidak memberangsangkan. Kenapakah... Nanti lain entrylah aku cerita.

Ituje pun nak cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...