Pengikut

Khamis, 28 November 2013

TTC: Outcome lawatan kedua dan ketiga dengan gynae di Pantai Hospital

Sila baca entry tentang "policystic ovary yes i am" dan "you have pcos if" sebelum baca entry ini.

Mukadimah sikit ye
Semoga perkongsian ini boleh memberi info dan petunjuk kepada TTCian yang ingin mendapatkan bantuan perubatan. Perlu diingatkan, tujuan asal aku berjumpa doktor adalah untuk menyelesaikan masalah AF aku yang sangat ting tong (sila baca entry yang lepas-lepas tentang hal AF ini). Phylosophy aku waktu tu, kalau diri tak AF, bila masa pula nak ada waktu subur? Jadi bila masa pulak aku boleh nak TTC. Sepanjang satu tahun ni, memang tak boleh nak TTC sebab takda waktu subur. Jadi main point here, nak betulkan cycle AF. Tapi, bila dah start follow up dengan doktor, alang-alang 2 in 1 terus. Betulkan AF dan TTC terus.

Glossary
CD merujuk kepada "cycle day" yang dikira dari hari pertama AF datang. Contohnya, hari ini hari pertama period datang. Maka dikira sebagai CD#1.

AF merujuk kepada Aunt Flow a.k.a period

TTC merujuk kepada trying to conceive

CD#3
Waktu ni aku tak perlu berjumpa doktor. Hanya perlu buat ujian darah sahaja. Ada isu juga masa ambil darah haritu sebab aku berpuasa terlalu lama (lebih dari 10). Kalau puasa terlalu lama, gula dalam badan kita akan menjadi terlalu rendah. Maka result ujian tak reliable sangat. Masa tu aku tak tahu pun lepas ambil darah, aku kena minum air gula dan tunggu lagi dua jam untuk ambil darah lagi. Dah macam orang mengandung pulakkan  kena minum air gula. Tapi sebenarnya, tujuan minum air gula tu adalah untuk cek sama ada badan kita ni insulin resistant atau tidak. Nanti aku cerita dalam entry lainlah pasal insulin resistant ni dan kaitannya dengan PCOS.

Owh, waktu ni pun aku ambil ubat Clomid di farmasi. Aku tak terpikir pula kena register dulu supaya GL cover. Ingatkan  masa 1st time jumpa doktor je kena register untuk guna GL. Akibatnya, aku kena bayar sendiri harga ubat Clomid yang berharga RM51. (Seriously aku memang tak tau sebab tak pernah berurusan di hospital swasta)

CD#3 hingga CD#7
Pada CD#3 hingga CD#7, aku start makan clomid 100mg (2 biji) sehari. Ubat ni perlu makan pada waktu yang sama. Aku pilih untuk makan pada pukul 8 malam setiap hari.

Clomid ni untuk apa?  Untuk merangsang ovari kita mengeluarkan telur. (kalau aku rajin aku cerita detail pasal clomid ni pada entri lain). Jujurnya, tak suka gila makan ubat ni sebab susah sangat nak telan. Kalau ubat lain, selamba je telan tanpa minum air. Ubat ni pula, senang resolve bila kena air. Jadi rasa pahit tekak.

CD#12
Tibalah masa untuk tengok kesan aku makan clomid dan untuk mengetahui semua keputusan ujian darah.

Mula-mula jumpa doktor, doktor duga aku tentang period dan macamana aku makan clomid. Ini penting tau, sebab, contohnya kalau aku terskip makan ubat atau tersalah kira hari CD, cara doktor monitor dan predict kesan ubat tu akan berubah.

Setelah confirm semua. Proceed dengan TVS (vaginal scan).

Keputusan dari TVS:

  • Ovari: 
    • Ada sebiji telur mencapai saiz matang 18mm di ovari sebelah kiri .
    • Manakala tiada telur matang di ovari belah kanan. 
    • Jadi, doktor buat kesimpulan "Clomid hanya mampu untuk membesarkan sebiji telur sahaja".  Kenapa doktor cakap macam tu? Sebab selalunya kalau makan clomid, akan ada lebih dari 1 telur yang akan matang (correct me if i'm wrong). Tapi, takpelah satu pun satu lah. Yang penting aku gembira. Aku ada peluang untuk ovulate. (Perlu diingatkan kesan clomid ni berbeza ikut orang tau, ada orang yang even makan high dose of clomid ni, telur-telur dalam ovari dia langsung tak membesar)
  • Rahim: 
    • Dinding rahim adalah tebal. Memang patut menebal sebab rahim bersedia untuk tunggu telur yang akan ovulasi. (Kalau tak paham, sila baca pasal kitaran haid ok!)
    • Terdapat cecair yang  melekat-lekat di belakang rahim. Mungkin darah period lama yang tak keluar habis. Darah period akan berkumpul di belakang rahim masa kita baring. Masa berdiri pun sama, darah akan bertakung kat situ.
    • Tetapi, cecair yang melekat-lekat itu tidak mengganggu tempat untuk pelekatan telur nanti.

Selesai TVS, sesi perbincangan pula:
  • Doktor jangka aku akan ovulasi (telur pecah) pada CD#14/CD#15. Maka doktor sarankan supaya bersama selang sehari.
  • Dalam tempoh itu, doktor suruh kami take note 3 benda:
    • Bila ada cecair lendir keluar dari vagina (maksudnya tengah subur)
    • Bila aku rasa sakit/sengal sebelah kiri perut (waktu telur ovulate)
    • Bila waktu bersama.
  • Doktor juga berkongsi kemungkinan untuk rawatan seterusnya jika telur tak ovulate. Contoh rawatan, teruskan makan ubat ATAU cucuk ubat (i believe this is Gonal-F) ATAU pembedahan (ovarian drilling) --> sesiapa yang penah buat ovarian drilling sila bagi tau. Akan aku terjah blog korang untuk dapat lebih info.
  • Aku bertanya doktor tentang perihal supplement apa yang sesuai untuk aku makan dan boleh tak, aku ambil supplement yang ada phytoestrogen. Ini jawapan doktor:
    • Makan multivitamin dan folic asid sahaja
    • Jangan minum soya dan susu (thank god aku memang tak suka soya plus aku tau soya tak elok). Alasannya, dua benda ni ada unsur estrogen. Estrogen ni adalah makanan kepada endometriosis dan kanser. Jadi pada sesiapa yang ada ketumbuhan atau kanser atau yang sewaktu dengannya, sila elakkan dari ambil makanan yang ada unsur estrogen ni (banyak kalau nak ikutkan, ayam dan daging pun ada). Bagi aku pula, family belah emak ada yang kena kanser (Al-fatihah). Jadi, memang aku perlu berjaga-jaga
    • Phytoestrogen tu kan estrogen juga. Cuma berasal dari tumbuhan. Juga elakkan makan. Maka, supplement yang ada phytoestrogen ni aku dah berhenti makan. Dalam kes ni, aku berhenti makan alfafa dan GLA.
    • Aku tak tau GLA ni ada phytoestrogen atau tidak. Sepanjang pencarian google aku, tak jumpa pula. Tapi bila aku tanya doktor pasal EPO (evening primrose). Doktor kata jangan makan juga. (Aku cakap EPO, sebab takut doktor taktau apa itu GLA, yang penting fungsinya sama).
    • Owh, lagi satu, sebab apa doktor tak bagi makan semua tu? Sebab doktor taknak badan aku bergantung estrogen dari luar. Sebab,bila kita makan benda yang ada estrogen, badan kita dapat signal kita dah cukup estrogen, jadi badan akan malas untuk keluarkan hormon estrogen itu sendiri. Make sense tak? Bagi aku make sense. Ada juga aku baca, ada orang ambil supplement yang ada estrogen. Ye, AF dia datang dengan regular. Tapi, bila dia stop ambil, AF dia tak datang-datang. Macamana nak explain tu? Badan dah malas kot nak keluarkan estrogen.

Aku perlu jumpa doktor semula pada CD#16. Tapi nanti aku sambung next entry ok. Rasa dah terlalu panjang pula aku tulis. Dan aku tak bersedia lagi nak cerita pasal CD#16 ini.

P/S: Korang boleh nak percaya atau tak percaya dengan apa yang aku tulis. Yang penting, korang lebih tahu tentang badan korang sendiri.

P/S2: Jika apa-apa yang aku tulis ni adalah salah info/fakta sila beritahu. Kongsikan info yang korang tahu. Semoga lebih banyak ilmu yang kita boleh dapat.

P/S3: Sepanjang aku makan ubat clomid, aku notis berat badan aku menurun. Tentulah aku gembira. Sebab sesetengah orang yang makan clomid, berat badan diorang meningkat. Gembira ok!

1 ulasan:

  1. Bersabar yer...Doa banyak2..Semoga Allah memudahkan urusan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...